in , ,

13 Tokoh Suntik Inspirasi Kejayaan Dalam PERMATA ETNIK DI TV1

Kisah perjalanan hidup 13 tokoh daripada golongan Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang memulai kehidupan daripada sesuatu yang mustahil berubah mengorak langkah mengukir kejayaan yang dibanggakan.

Bukan sahaja oleh etnik mereka sendiri malahan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan yang dicipta. Kisah hidup mereka pasti mendorong semua untuk terus berjuang dalam hidup tanpa mudah menyerah kalah kerana masa depan yang terbaik itu mampu diraih.

Saksikan perkongsian 13 episod kisah membanggakan ini dalam program “Permata Etnik” mulai 3 Disember ini, setiap Jumaat, pukul 4.30 petang di TV1.

permata etnik di tv1

Bermula dengan cerita daripada Lanida Dahalan, Juara Catur Etnik Jakun yang penuh inspirasi dan diteruskan kisah usahawan muda yang memiliki ilmu perkayuan hutan yang sangat tinggi dan merupakan seorang yang sangat berkemahiran dalam seni ukiran kayu. Pemuda bernama Helmi bin Naim Ahmad yang berasal dari Kg Rembau, Negeri Sembilan ini nyata membanggakan suku etnik Temuan asal usul keturunannya.

Seterusnya dibawakan kisah anak jati Sabah daripada suku etnik Dusun Liwan iaitu Felicia binti Mikat yang berasal dari Kg. Kipaku, Tambunan, Sabah, merupakan seorang Atlet Olahraga Paralimpik yang telah memenangi tiga pingat emas di Kejohanan Sukan SEA Paralimpik 2015 di Singapura.

Siapa sangka kesungguhan anak jati Sarawak daripada suku minoriti Etnik Cebup iaitu Dr. Elexson Nillian yang berasal dari Kg. Lapok, Ulu Tinjar, Sarawak, kini merupakan seorang pensyarah kelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Keselamatan Makanan di Universiti Malaysia Sarawak.

salah saTu episod Permata Etnik

Saksikan perkongsian kisah seorang ahli akademik yang bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Aeronautik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor iaitu Dr. Zulafif Rahim, merupakan anak Orang Asli daripada suku etnik Kuala yang berasal dari Senggarang, Johor.

Suntikan inspirasi turut dikongsikan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan lada iaitu Awaeang Anak Kwasin, daripada suku etnik Dayak Bidayuh yang berasal dari Kg. Bratan, Kuching, Sarawak. Awaeng berbangga dapat berkongsi pengalaman dan liku kesukaran dihadapinya sebelum menjulang kejayaan dalam hidupnya.

Dinobatkan menjulang Anugerah Wanita Ikon Negeri Sabah walaupun berasal daripada keluarga yang miskin, ikuti kisah seorang usahawan yang merupakan anak jati Sabah daripada suku etnik Dusun Minokok iaitu Marry Jim yang berasal dari Keningau, Sabah.

Ikuti banyak lagi suntikan kisah inspirasi kejayaan individu etnik berbeza yang sememangnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia di TV1. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tapak Konsert & Dewan Acara Zepp yang Bertaraf Dunia Tiba di Bukit Bintang City Centre

RTM Tawar Empat Pilihan Filem Hujung Minggu di TV2