in

Sekitar Karnival Nasi Lemak Kopi O

KARNIVAL NLKO 2010 AKHIRNYA TEMUI MR KOPI

Akhirnya rancangan Nasi Lemak Kopi O berjaya mencari Mr Kopi menerusi Karnival Nasi Lemak Kopi O dan Karnival bersama Karnival Adat Rakyat Negeri Selangor yang diadakan semalam di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam.

JIka tahun lalu, Karnival NLKO memberi tumpuan kepada pengusaha nasi lemak untuk memberi kepada pengusaha makanan warisan itu menampilkan keistimewaan sajian mereka. Pada tahun ini pula, NLKO mengangkat kopi Malaysia ke tahap lebih tinggi dengan membuka platform untuk mereka bersaing dengan kopi import berjenama.

Menerusi pertandingan istimewa mencari Mr Kopi, saudara Azralmezan Abdul Razak telah dinobatkan sebagai juara Mr Kopi. Beliau bukan sahaja membawa balik piala, malah beliau juga turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM999.999. Saudara Azralmezan Abd Razak, telah menunjukan bakat beliau dalam acara membancuh kopi dan berjaya mengangkat karung kopi seberat 20 kilogram.

Aksi Mr Kopi (Hijau) & Mr KL 08 & 09 (Merah) 1

Ambil berkat daripada ‘OTAI’

Aksi akhir, beliau telah berjaya meniru aksi bina badan seperti yang ditunjukkan oleh juara bina badan Kuala Lumpur atau Mr KL 08/09 iaitu saudara Ubaidillah @ Nasri Abdul Latiff yang juga merupakan juri bagi Mr Kopi. Pertandingan yang disertai oleh sepuluh peserta itu juga turut disertai oleh Akbar, penyanyi nasyid yang mempunyai badan yang kental.

Sementara, pertandingan Reka Cipta Nasi Lemak Tapau pula dimenangi oleh kumpulan BBA (Hons) Retail Management UiTM Shah Alam yang diketuai oleh Nurzaireen Azlan Tan. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencetuskan kreativiti di kalangan penuntut institusi pendidikan tinggi.

Antara masalah utama bagi peniaga nasi lemak ialah mengekalkan kesegaran nasi lemak yang dibungkus bersama sambal dan ulam timun. Syarat pertandingan ialah menggunakan bahan yang murah, mudah didapati dan praktikal. Reja cipta unik daripada kumpulan juara itu telah menambat harti juri.

Aksi Kopi Tarik Ali Mamak (saudara Jantan bin Osman)

Kopi Satu Mendapat Sambutan Di Karnival NLKO

Pada hari Karnival NLKO yang lalu, TV9 berusaha memartabatkan ‘Kehebatan Aroma Kopi Malaysia’ dan menjadi tema perbincangan di dalam rancangan NLKO. Suasana menjadi semakin meriah kerana mendapat perhatian dan sambutan yang amat menggalakkan daripada pengusaha kopi keluaran Malaysia.

Daripada pagi hingga ke petang, pengunjung tuidak putus-putus menyinggah ke gerai NLKO dan bertemu dengan selebriti-selebriti TV9 seperti Aziz Desa, Farah Adeeba Mohd Ashraf, Sharifah Shahirah, Syarifah Nur Syed Ali, Farah Anuar (AF), Abu Talib Hussin, Noor Azean Abdol Karim, Zulhaili Zain Zainuddin (Ranger Adi), kumpulan One Nation Emcees, Datuk Chef Wan dan Diana Amir.

Selain daripada pertandingan Mr Kopi dan reka cipta pertandingan Mr Kopi dan Reka Cipta Nasi Lemak Tapau, pengunjung juga berpeluang menyertai Pertandingan Memasak Nasi Ambeng, Persembahan Berendoi dan Pertandingan Kuih Tradisional. Selain itu, pengunjung berpeluang menikmati sate percuma daripada himpunan 20 jenis sate yang dihidangkan di karnival itu.

Selain sebagai platform kepada usahawan bumiputera untuk mengembangkan produk buatan Malaysia, karnival ini juga bertujuan untuk mengukuhkan ukhwah di kalangan rakyat Malaysia serta sebagai tanda penghargaan TV9 kepada penontonnya yang setia sejak awal pertubuhannya lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta DiGi The Next Level ntv7

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza & Krisdayanti di Minggu Setiausaha SACC