in

Senarai Peserta DiGi The Next Level ntv7

PESERTA-PESERTA DiGi THE NEXT LEVEL KINI DIKENALPASTI!

Para usahawan kini berpeluang untuk membawa idea perniagaan mereka ke tahap yang seterusnya dalam rancangan terbaru ntv7 bersama-sama DIGI

Lapan orang peserta bertuah telah pun dipilih! Datang daripada pelbagai bidang – jurutera, ketua orang muda, pemilik bengkel, pereka grafik, pemasaran eksekutif IT, pemilik perniagaan IT, usahawan korset, dan penjual basikal laman web – mereka sudahpun bersedia untuk menyuarakan idea perniagaan mereka di hadapan kaca televisyen.

Contestants with ntv7 GM Airin, DiGi Head of Marketing Services Sulin Lau, judges and Marini, Primeworks Content Manager

Kelapan-lapan merupakan peserta bertuah DiGi The Next Level, sebuah program realiti yang ditaja oleh DiGi. Rancangan ini dijadualkan ke udara di ntv7 – stesyen pilihan Urban – pada jam 8.3o malam, setiap Rabu mulai 7hb Julai 2010.

Hanya seorang sahaja akan memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 untuk memulakan perniagaan idamannya bersama dengan sokongan daripada DiGi selama 12 bulan. Peserta yang dipilih daripada penyertaan yang diterima melalui video ataupun uji bakat adalah – Mohd Razi Mohd Yusoff, 28; Cham Chen Siang alias Daniel, 29; Ong Tou, 34; Suren Haris Anwar, 30; Kuah Kok Kheng, 27; Tan Yee Mei alias Jazz, 20; Chan Yuen Fong alias Norman, 26; and Chloe Mok, 23.

“ntv7 berasa bangga mengudarakan rancangan realiti seperti DiGi The Next Level yang memberikan peluang menjadi usahawan kepada para pesertanya. Program ini juga memberi penonton dan peserta wawasan dan ilmu yang berharga dalam menjalankan perniagaan,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar ntv7. “Sejajar dengan wawasan stesen ntv7 sebagai saluran televisyen urban bersama dengan rakan kongsi seperti DiGi, kami sentiasa berusaha memberi penonton kandungan berkualiti.”

Airin Zainul sedang memberi ucapan.

“DiGi, sebagai sebuah jenama dan syarikat, amat dikenali dengan pelbagai usaha dan inovasi yang memudahkan pelanggan menikmati perkhidmatan dan promosi yang paling hangat di pasaran. Peserta yang dipilih akan dicabar melalui program realiti ini untuk berfikir secara inovatif merentasi teknik yang konvensional dari A ke Z semasa menghasilkan usul perniagaan mereka. Secara dasarnya, kami akan mencabar mereka untuk berfikir seperti DiGi,” kata Ketua Pemasaran Perkhidmatan DiGi, Sulin Lau.

Dua panel juri DiGi The Next Level yang utama ialah pakar pemasaran belia, Khailee Ng, yang juga merupakan salah seorang pengasas Youth Asia. Seorang lagi panel juri ialah Ketua Pemasaran segmen Perusahaan DiGi, Dzulkifly Aminuddin. Manakala, pengacara untuk rancangan ini ialah hos dan pelakon popular Hansen Lee.

Juri jemputan dari pelbagai sektor bersama dengan Khailee dan Dzulkifly akan mengadili para peserta dalam cabaran yang berbeza setiap minggu. Kesemua peserta akan menerima nasihat serta pendedahan dalam bidang perniagaan yang berharga daripada para juri yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing.

Juri undangan yang akan menyertai Dzulkifly dan Khailee untuk mengadili para peserta dalam cabaran pertama mereka ialah editor majalah Off The Edge, Jason Tan dan juga penerbit majalah ADOI, Harmander Singh yang lebih dikenali sebagai Ham. Peserta akan turut mendapat kejutan untuk cabaran pertama mereka.

Mereka hanya dimaklumkan masa sidang media bahawa markah akan diberikan atas kemahiran komunikasi mereka semasa pelancaran rancangan ini. Cara mereka memperkenalkan diri kepada pihak media dan cara mereka bergaul semasa sidang media ini akan di perhatikan oleh para juri.

Sepanjang masa rancangan realiti ini yang akan difilemkan dalam masa dua bulan, para peserta akan mengharungi cabaran dalam bisnes yang melibatkan kreativiti seperti Penjenamaan dan PR. Program realiti yang bertemakan perniagaan ini tidak mempunyai pusingan penyingkiran – peserta akan dinilai dari jumlah markah terkumpul untuk setiap cabaran. 50 peratus daripada markah peserta adalah daripada cabaran dalam episod biasa, manakala 50 peratus lagi daripada cabaran terakhir. Tentunya, ia memberikan pendedahan yang maksimum kepada kesemua lapan peserta dalam aspek yang menyeluruh mengenai pengurusan perniagaan.

Satu-satunya pusingan penyingkiran akan diadakan pada episod akhir yang akan ditayangkan secara langsung pada September 2010 iaitu malam kemuncak mengenai juara rancangan. Untuk cabaran terakhir, peserta akan mencipta dan mempersembahkan usul terperinci mengenai cabaran dan pengalaman yang telah mereka lalui sepanjang penyertaan mereka.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari laman web www.ntv7.com.my/digithenextlevel

Judges Dzulkifly (L) and Khailee (R)

L-R Marini, Airin, Sulin Lau, Dzulkifly, Khailee

L-R Marini, Airin, Sulin, Khailee, Dzulkifly and host Hansen during Q&A session

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malam Kemuncak GAH 1 di Sunway Lagoon 30 Mei Ini

Sekitar Karnival Nasi Lemak Kopi O