in

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza & Krisdayanti di Minggu Setiausaha SACC

Jam 8 malam tadi (27 April 2010), Budiey telah menghadiri Showcase Minggu Setiausaha Dato’ Siti Nurhaliza & Kris Dayanti di Pusat Konvensyen Shah Alam, Shah Alam.

Showcase yang menggabungkan dua diva ternama dari dua rumpun ini diadakan sempena dengan Majlis Pembukaan (Grand Opening) Shah Alam Convention Centre yang berlangsung pada siangnya.

Pada hari ini (28 April 2010), mereka berdua sekali lagi akan menghiburkan setiausaha & peminat  di dewan yang sama. Ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana mereka mengadakan showcase disaksikan lebih 1000 orang penonton dengan durasi selama lebih 2 jam.

Untuk info pembaca, SACC dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dengan disaksikan oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Yang Berbahagia Dato’ Mazalan Md Noor, Datuk Bandar Shah Alam.

Selain para peminat CTKD, Budiey dapat lihat konsert ini dihadiri oleh para VIP dan syariket korporat yang mengambil peluang untuk menghiburkan klien mereka.

Budiey juga dapat saksikan buat pertama kalinya Alan Bligh selaku hos pada malam tadi. Ternyata beliau sangat fasih berbahasa Melayu dan English. Sesuai dengan profile beliau yang mengacarakan event berprofile tinggi termasuklah Miss Tourism 2004, Petronas Grand Prix 2004 dan banyak lagi.

Showcase semalam dibuka dengan persembahan beberapa lagu oleh Mohram. Serentak dengan itu hidangan western yang dicipta khas oleh SACC Ekskutif Chef, Dato’ Kamarul dengan Oyster sebagai pembuka selera, consome of chicken dan salmon steak untuk main course. The sumptuous dinner diakhir dengan Creme Brulee for dessert dan chocolate strawberry.

Dato’ Siti Nurhaliza telah tampil dengan 2 pasang baju yang direka khas oleh pereka fesyen ternama rizman ruzaini (purple) dan lord taylor (hitam).

Ada 3 segmen iaitu segmen duet CTKD, kemudian segmen Siti Nurhaliza solo, seterusnya Kris Dayanti secara solo dan mereka bergabung semula untuk menutup showcase.

Mereka menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu-lagu duet yang terkandung dalam album CTKD termasuklah Jika Kau Tak Datang, Amarah dan Tanpamu. Persembahan mereka diiringi oleh band yang diketuai oleh Aubrey Suwito.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Karnival Nasi Lemak Kopi O

Alibi Music Anjur Showcase 7 Penyanyi Wanita di No Black Tie