in ,

Yeay Kad Raya di TV9 Bakal Gamit Kenangan Sambut Hari Raya Macam Dulu-Dulu

Ucapan Hari Raya menjadi salah satu perkara yang paling bermakna kerana ia boleh memberi banyak nilai sentimental kepada penerima menerusi ayat-ayat dan ucapan Hari Raya yang ditulis di dalam kad Hari Raya tersebut. 

Sebelum kewujudan teknologi yang moden, elemen utama bagi Aidilfitri bukan sahaja ketupat, rendang, pelita, duit raya dan bunga api, malahan Kad Hari Raya juga menjadi penyeri utama dalam menyambut Aidilfitri terutama sekali untuk ahli keluarga atau orang tersayang yang tidak dapat pulang untuk menyambut Hari Raya bersama.

Kempen Hari Raya di TV9 kali ini menjadi lebih menarik apabila disambut dengan tema ‘Macam Dulu-Dulu!’. Penonton berpeluang untuk menghantar Kad Hari Raya kepada orang yang tersayang melalui hantaran kepada TV9 dan seterusnya kad tersebut akan dibaca secara langsung dalam program Nasi Lemak Kopi O (NLKO) pada Hari Raya Pertama hingga Hari Raya Ketiga yang bersiaran pada setiap Rabu hingga Jumaat, jam 10.30 pagi.

Poster Yeay, Kad Raya

Pastinya terlalu banyak kenangan manis tentang Kad Hari Raya, antaranya, ketika kita perlu beratur untuk membeli setem dan tampal satu per satu setem pada sampul Kad Hari Raya yang ingin dikirimkan. Yang paling penting Kad Hari Raya itu perlu dihantar lebih awal untuk memastikan ia tiba sebelum menjelang Syawal. 

Lebih teruja apabila sang penerima perlu menunggu abang posmen setiap hari di hadapan rumah untuk menerima Kad Hari Raya daripada  orang yang tersayang. 

Kad Hari Raya dulu-dulu lebih kreatif dan menarik, ada yang hias dari kertas yang kosong, ada yang berwarna-warni, ada yang beli dari kedai dan yang lebih menarik adalah kad raya yang berlagu. Dan kebiasaannya pasangan yang sedang hangat bercinta akan menghantar Kad Hari Raya dengan meletakkan bedak atau menyembur pewangi bagi memastikan kad diterima dalam keadaan harum semerbak. 

Ucapan Hari Raya boleh datang dalam pelbagai bentuk penulisan sama ada dari segi pantun, ayat cinta atau jurnal, yang boleh menggambarkan perasaan kepada penerima. Selain itu, Kad Hari Raya pasti akan menjadi salah satu perhiasan rumah pada Hari Raya.

Hari Raya menjadi lebih istimewa apabila dapat menerima Kad Hari Raya dari orang yang istimewa dan ia juga menjadi simbol ingatan yang dapat mengeratkan lagi hubungan sesama orang yang tersayang. 

Lebih banyak kad yang diterima, lebih ceria suasana Hari Raya! Untuk Hari Raya tahun ini, TV9 mengalu-alukan anda mengirimkan Kad Hari Raya yang paling kreatif serta ucapan kepada orang yang tersayang melalui TV9 sebelum 24 Mac 2024 di alamat berikut:

Content & Creative Marketing TV9, 

Tingkat 2, Sayap Utara, 

Sri Pentas, No. 3, Persiaran Bandar Utama, 

Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Pengirim yang bertuah dan Kad Hari Raya yang paling kreatif akan menerima duit raya daripada NLKO.

Jika anda masih menyimpan koleksi kad raya yang dulu-dulu, kongsikan dengan TV9 melalui media sosial. Caranya mudah sahaja, pos di timeline atau story media sosial anda dan gunakan dua tanda pagar ini #YeayKadRaya #MacamDuluDulu serta tag @TV9Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiga Drama Terbaik Disiar di Panggung RTM Khas Sempena Ramadan

Siaran Luar Bergerak Terpanjang Bersama Bekpes Hot & Program Hangat