in , ,

Tonton Rancangan TV9 Sepanjang September Boleh Menang RM500? 

Rebut Peluang Anda Sepanjang September Ini!

Sempena meraikan filem-filem hebat sepanjang bulan September ini, TV9 telah menganjurkan Peraduan Janji Happy khas buat penonton setia TV9! Jangan lepaskan peluang anda kerana TV9 menawarkan hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM9,000 dan peraduan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Peraduan Janji Happy ini telah pun berlangsung sejak 1 September 2023 yang lalu. Namun, jangan risau kerana anda masih berpeluang untuk menang! Caranya amat mudah, anda hanya perlu menonton Buletin TV9 dan filem-filem hebat di TV9 bermula pada pukul 8.30 malam setiap hari sepanjang September ini. Bagi rancangan yang disiarkan sehingga 17 September 2023 ini, penonton perlu mengira jumlah logo Janji Happy yang muncul di sebelah kiri skrin televisyen anda serta lengkapkan slogan yang telah diberikan.

PERADUAN JANJI HAPPY POSTER

Manakala, bagi rancangan yang bermula dari 18 September hingga 30 September 2023, penonton hanya perlu menjawab dua soalan mudah dari rancangan tersebut. 

Pastikan anda berada di hadapan kaca televisyen kerana dua soalan tersebut akan dipaparkan pada awal dan pertengahan ketika filem tersebut berlangsung. Jawapan yang anda berikan hendaklah disertakan dengan slogan yang telah dilengkapkan.

Kemudian, penonton harus menghantar jawapan mereka sebelum 12.00 tengah malam pada hari tersebut di laman rasmi media sosial TV9, Instagram atau Facebook. Setakat ini, TV9 telah menerima hampir 4000 penyertaan dan 7 orang pemenang telah berjaya membawa pulang RM500. 

Para pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat beserta dengan slogan yang paling kreatif. Pengumuman pemenang pula akan diumumkan pada hari seterusnya di laman media sosial yang sama. Jadi adakah anda sudah bersedia? Kunci masa anda dan sertai Peraduan Janji Happy ini kerana anda mungkin antara pemenang bertuah yang berjaya membawa pulang hadiah sebanyak RM500!

Saksikan filem menarik di TV9 seperti The Fast & The Furious, The Karate Kid, Misteri Delaila, Wan Embong, Raju Chacha, Sabar Tak Sabar, Love Supermoon, Insan Terpilih dan Auta menerusi slot Kuasa 3 Malam, Skrin Di 9 dan Wayang Hujung Minggu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AINA ABDUL

Aina Abdul Pernah ‘Down’ Dikecam Harga Tiket Konsert Dikatakan Mahal

Jom Jelajah Citarasa Malaysia di Selangor Sempena Hari Malaysia