in , ,

Peraduan Jom Menonton Filem WARIS JARI HANTU

Sudahkah anda menonton filem Waris Jari Hantu? Kalau belum, anda masih lagi berpeluang menonton filem thriller ini di pawagam berhampiran sekarang. Filem Waris Jari Hantu khabarnya telah mendapat kutipan lebih RM1.1 juta setelah beberapa hari ditayangkan. Updated: Kutipan WJH telah meningkat RM1.5 juta pada hari Ahad (10 Jun).

Saya kira, dengan sokongan semua pihak, filem ini akan meningkat dan mencapai target RM2 jua. Walaupun kutipan ini agak sederhana, namun saya percaya bukan mudah untuk menarik perhatian penonton yang lebih tertarik dengan filem Hollywood.

Jom menonton filem arahan Shuhaimi Baba ini bersama dengan pembaca Sensasi Selebriti yang lain di Readers ToGether Gather pada hari Sabtu ini (16 Jun) ini di TGV KLCC. Sebanyak 20 goodie bag tajaan Pesona Pictures akan diberikan kepada pembaca yang hadir.

Kepada pembaca yang berada jauh dari Lembah Klang atau yang tidak dapat join gathering ketiga Sensasi Selebriti, anda masih berpeluang mendapatkan 2 helai T-shirt dan 2 keping album CD Album Runut Bunyi (Original Soundtrack) Filem Waris Jari Hantu yang bernilai RM21.00 dengan menyertai peraduan ini.

Nak cakap sikit pasal album soundtrack filem ni. Album runut bunyi filem Waris Jari Hantu mengandungi 10 buah trak termasuk lagu tema berbentuk instrumental hasil susunan muzik oleh Shamril Salleh. Antara lagu yang dimuatkan ialah sebuah lagu ciptaan Ajai dan lirik ditulis oleh Shuhaimi Baba iaitu Kasih Tercipta (nyanyian Faizal Tahir). Lagu yang saya kira begitu mendayu dan telah pun mendapat tempat di hati peminat.

Selain itu, sebuah lagu nyanyian Tria yang berjudul Tika ditulis liriknya oleh Shimy & Shumy dan lagunya ciptaan Sharon Paul. Juga mempunyai mesej jelas yang dapat menyampaikan cerita sebenar tentang perasaan watak Tina dan Ari dalam filem ini. Suara Kavita Sidhu juga disumbangkan melalui lagu Cinta Sempurna.

Sebuah lagu perlahan berentak balada ciptaan bersama Cliff Joseph & Sharon Paul serta liriknya ditulis oleh Shuhaimi Baba & Cliff Joseph. Pelakon utama Azean Irdawaty ada menulis lirik & menyanyikan sebuah lagu berjudul Lagu Tok Wan dalam loghat negeri Sembilan. Dapatkannya di pasaran bernilai RM21.00.

Anda hanya perlu menjawab 2 soalan mudah & mencipta slogan kreatif.

Soalan 1:
Apakah judul lagu tema filem Waris Jari Hantu yang dinyanyikan oleh Tria?

Soalan 2:
Namakan watak utama yang diejek oleh penduduk kampung dengan gelaran ‘Mat Kepit’ atau ‘Mat Patah’? 

Slogan:
Blog Sensasi Selebriti lebih menarik kalau … (tidak lebih dari 15 patah perkataan)

Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada slogan paling bernas dan kreatif.

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
30 Jun 2007

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua nama pemenang akan disiarkan di blog Sensasi Selebriti & diberitahu melalui email.
  3. Hadiah akan dihantar melalui pos.
  4. Keputusan juri adalah muktamad.
  5. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Layari laman web rasmi: http://www.warisjarihantu.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Corat Coret Anugerah Planet Muzik 2007

Ina Naim & Suhaimi Saad Selamat Bertunang