in , ,

Corat Coret Anugerah Planet Muzik 2007

Aznil beberapa kali menggayakan fesyen baju Melayu kebangsaan termasuk juga baju orang Sarawak sempena dengan Tahun melawat Malaysia 2007. Langkah yang bijak untuk menarik ramai pelancong datang bertandang ke Malaysia. Ucapan Selamat Pengantin Baru kepada Perdana Menteri yang akan berkahwin hari ini juga turut diucapkan oleh Aznil.

Saya terkejut apabila Kumpulan Sofaz berjaya mengondol Anugerah Kumpulan Paling Popular. Mungkin ini satu kejutan pada malam ini kerana Sofaz mendapat undian paling banyak dan mengalahkan kumpulan popular dan lebih terkenal seperti Dewa 19, Peterpan, Search dan Radja. Tidak hairan, orang Indonesia pun ada yang undi untuk Sofaz.

Nyanyian Syed Azmir untuk Lagu Tidurku berduet bersama Taufik Batisah kedengaran seperti satu paduan suara yang sangat intim. Sangat menghiburkan. Taufik kemudiannya muncul lagi untuk lagu bersama Siti Nurhaliza dan Gita Gutawa. Mengapa berikan pada penyanyi yang sama? Ramai lagi penyanyi yang boleh mengisi kekosongan.

Seperti biasa hos-hos mengajar perkataan-perkataan yang baru… penggunaan istilah ‘papan atas’ untuk artis paling popular adalah antara istilah yang baru saya dengar. Perkataan ‘gila’ dari Suhami rasanya tidak elok untuk tontonan kanak-kanak.

Persembahan Noryn Aziz begitu mengkagumkan. Vokal yang cukup bertenaga dan lantang. Saya percaya kekuatan vokal Noryn bisa membawa beliau untuk terus mencipta nama di rantau ini.

Wajah Gita Gutawa dari Indonesia, anak kepada Erwin Gutawa yang pandai main gitar tu…  kira artis baru ini serba boleh dan ada mirip Siti Nurhaliza. Tak banyak tapi sikit tu adalah nak sama.

Syabas kita ucapakan kepada Mawi kerana dapat mengekalkan populariti dan mendapat undian paling tinggi untuk anugerah popular. Yang terbaik tidak semestinya popular dan yang popular pula tidak semestinya yang terbaik. Semoga Mawi belajar dengan lebih tekun lagi bagaimana untuk berucap dengan baik ketika menerima anugerah. Saya percaya di masa akan datang, akan ada lagi anugerah ‘popular’ untuk beliau.

Sejurus selepas dinobatkan Artis Wanita Paling Popular, Datuk Siti Nurhaliza diberikan ciuman di pipi oleh suaminya, Datuk Khalid. Serentak dengan gegak gempita penonton di dewan bersorak. Sekuat sorakan itu juga apabila Siti mengucapkan terima kasih buat yang suami tersayang. Apa-apa pun, syabas Siti Nurhaliza atas kejayaan ini. Terima kasih kepada semua peminat Siti Nurhaliza yang mengundi!

Tiba-tiba syarikat produk shampoo rambut sudah mendapat model sebenar yang patut diambil bagi iklan terbaru mereka iaitu Malex, kumpulan rock metal yang vokalisnya sentiasa menggerbangkan rambut. Wow… cuma saya cukup kagum jenama shampoo manakah yang digunakan sehingga rambutnya begitu cantik beralun. Kalah rambut Camelia dan Ella, you all!

Deklamasi puisi oleh Adi Rahman begitu mengegarkan jantung saya dan alunan Hady Mirza mendendangkan lagu Hijau bersama Zainal Abidin juga ada jiwa. Zainal Abidin menerima anugerah ulung Anugerah Cinta APM 2007. Tahniah buat Malaysia. Buat pertama kali anugerah Cinta APM disenaraikan. Adi Rahman nampak tua sikit…

Antara puisi itu berbunyi…
Aku bumi tercipta kerna sirna-sirna-Nya
kami sara, cukup meliputi, rangka dipenuhi
samar daif mencari sejak lahir
malu mengadung akan hamba-Mu

Anugerah Khas APM 2007 diberikan kepada Kris Dayanti, diva popular dari Indonesia. Sememangnya Kris Dayanti layak untuk anugerah ini berdasarkan pencapaian beliau selama menjadi anak seni.

Kris Dayanti menyampaikan lagu… “I’m Sorry Good Bye…” sebuah lagu bernada kecewa. Atau mungkin lagu ini ada makna di sebalik gosip rumahtangga Kris yang dikatakan retak… jangan retak seperti mana retaknya rumahtangga Rossa…

Lagu Biarlah Rahsia dialunkan sekali lagi oleh Datuk Siti Nurhaliza berduet sama Gita Gutawa. Tahun lalu, Siti Nurhaliza pernah menyanyikan lagu yang sama dalam status dirinya yang berbeza. Nampak kini Siti lebih matang….

You all komen sikit statement ni… ,”Mawi macam Mat Jais…” kata-kata dari Datuk Tom Abang Saufi… apa maksud Datuk Tom yang sebenar-benarnya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TAYANGAN DAN SEMINAR FILEM PELAJAR ASWARA

Peraduan Jom Menonton Filem WARIS JARI HANTU