in , , ,

LoveLove

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem SEBELUM IBLIS MENJEMPUT AYAT 2

Salam semua pembaca Budiey.com, rasanya dah lama kita tidak menonton filem di pawagam bersama-sama di Premiere With Budiey. Nah! Ini satu peluang untuk anda menonton bersama-sama. kepada anda yang nak menang pass menonton filem ini, apa kata sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda semua untuk menonton sebuah filem seram yang ditunggu-tunggu dengan dibintangi oleh Chelsea Islan, Baskara Mahendra, Hadijah Shahab, Widika Sidmore, Karina Salim, Arya Vasco berjudul SEBELUM IBLIS MENJEMPUT AYAT 2.

Sekuel garapan Timo Tjahjanto ini mengisahkan babak-babak cemas dan mengerikan dengan pertarungan Alfie yang dilakonkan oleh Chelsea Islan dengan iblis.

SEBELUM IBLIS MENJEMPUT AYAT 2

Setelah berjaya menyelamatkan diri dalam filem pertama, Sebelum Iblis Menjemput, Alfie pun berusaha meneruskan kehidupannya seperti biasa bersama adiknya iaitu Nara lakonan Hadijah Shahab.

Suatu ketika, Alfie bertemu dengan beberapa anak-anak yatim di satu pusat jagaan, yakni Budi (Baskara Mahendra), Gadis (Widika Sidrome), Jenar (Shareefa Daanish), Martha (Karina Salim), Leo (Arya Vasco), dan Kristi (Lutusha). Namun, mereka ini telah diganggui dengan beberapa kejadian aneh yang menghantui mereka di pusat jagaan itu. Kemudian, mereka berlima telah mencari Alfie untuk berdepan dengan iblis. 

Sebagai sebuah filem sekuel, film Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 (2020) ini dikatakan berjaya kembali membawakan tema horor yang bukan kalen-kaleng. 

Tahniah buat pengarah Timo Tjahjanto selaku sutradara dan penulis skrip yang dikatakan berjaya membuat para penonton merasakan ketegangan dan ketakutan sepanjang tontonan filem ini.

Filem garapan Frontier Pictures ini menghadirkan jalan cerita yang dibalut mitologi kuno tentang iblis. Dikatakan, filem IBLIS MENJEMPUT AYAT 2 (2020) seakan ingin memberikan kesan horror yang jauh lebih menegangkan dari filem pertamanya yang ditayangkan pada tahun 2018. 

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak? Komen di ruangan kat bawah ni. Untuk pembaca yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Sinopsis Filem SEBELUM IBLIS MENJEMPUT AYAT 2

Dua tahun selepas berjaya menyelamatkan diri daripada kuasa jahat yang menghancurkan keluarganya, Alfie dan adiknya Nara cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. Biarpun cuba melupakan masa lampaunya, namun dia masih dihantui gambaran-gambaran menakutkan. Alfie menyedari akan bahaya yang bakal dihadapi bersama rakan-rakannya apabila muncul satu entiti jahat yang ingin membunuh mereka.

Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 10 September 2020.

Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan babak yang menyeramkan ini di TGV Cinemas 1 Utama pada 8 September 2020 (Hari Selasa). Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

SEBELUM IBLIS MENJEMPUT AYAT 2

Peraduan Premiere With Budiey Menonton SEBELUM IBLIS MENJEMPUT AYAT 2

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
8 September 2020 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:
7.15 malam

Tayangan Filem:
7.40 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di SEBELUM IBLIS MENJEMPUT AYAT 2 – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #SebelumIblisMenjemputAyat2My

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini dan kongsikan di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey filem #SebelumIblisMenjemputAyat2My kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua orang pelakon utama filem ini.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan SEBELUM IBLIS MENJEMPUT AYAT 2- Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem SEBELUM IBLIS MENJEMPUT AYAT 2

Tarikh tutup peraduan:

07 September 2020

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 10 September 2020 di pawagam berdekatan anda.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

SEBELUM IBLIS MENJEMPUT AYAT 2
SEBELUM IBLIS MENJEMPUT AYAT 2
SEBELUM IBLIS MENJEMPUT AYAT 2

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Absolut Management Perkenal 10 Selebriti di Bawah Pengurusan dengan Pelbagai Keistimewaan

Selepas Kehilangan Suami & Anak, Kini Ibu Mertua Nora Pula Meninggal Dunia