in , , ,

Peraduan Menang Pass PERCUMA Japanese Film Festival 2020

Rentetan Acara Pra-pesta yang berjaya dianjurkan pada September lalu dengan tiga tayangan di GSC NU Sentral, sebuah laman khas pada laman web rasmi JFF 2020 akan disiarkan pada awal Oktober.

Salam semua pembaca, dengan ini dimaklumkan bahawa acara ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak pada bulan November. Ini adalah kerana berikutan kes penularan Covid-19 yang semakin meningkat. Namun, kepada anda yang nak redeem passes tu berjalan seperti biasa. Passes tu boleh redeem and digunakan untuk festival time November nanti. Harap maklum.

Laman ini akan memperkenalkan hasil karya penggiat filem Jepun yang menghasilkan filem mereka secara berasingan semasa tempoh berkurung, serta video wawancara bersama YUKISADA Isao, pengarah filem pendek “Pigeon” (2016) yang menjalani penggambaran di Pulau Pinang sebagai sebahagian antologi daripada sebuah filem genre omnibus “Asian Three-Fold Mirror 2016: Reflections”.

Tumpuan pada musim filem-filem Jepun hebat ini sudah tentunya jelajah Pesta yang merentasi pawagam-pawagam GSC terpilih yang akan menayangkan 10 judul, merangkumi pelbagai genre – drama, komedi, aksi dan animasi – yang menampilkan warna-warna Jepun melalui pawagam. Salah satu daripadanya ialah filem “One Summer Story” yang akan membuat tayangan perdananya di Malaysia sebelum tayangan di Jepun (dijangka pada 2021).

Japanese Film Festival 2020 kembali lagi dengan mengadakan tayangan istimewa filem-filem hebat yang akan ditayangkan mulai 5 September 2019 di beberapa pawagam GSC yang terpilih. Pawagam tersebut ialah:

  • Screening in Klang Valley: 15 – 21 October
  • Screening in Penang: 22 – 25 October
  • Screening in Johor Bahru: 29 October – 1 November
  • Screening in Kuching and Kota Kinabalu: 12 – 15 November
JFF2020 Key Art_hi-res

Peraduan Menang Pass PERCUMA Menonton Filem Japanese Film Festival 2020

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Kalau anda mahu hadir menonton filem Jepun, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton yang menyokong filem Jepun yang hebat ini.

  1. Klang Valley (GSC Midvalley, GSC NU Sentral, GSC 1 Utama): 15 – 21 October 
  2. Penang (GSC Gurney Plaza): 22 – 25 October
  3. Johor Bahru (GSC Paradigm JB): 29 October – 1 November
  4. Sabah (GSC Suria Sabah): 12 – 15 November 
  5. Kuching (GSC CityOne Megamall): 12 – 15 November

Budiey ada 50 pass tiket untuk dihadiahkan kepada semua pembaca Budiey.com yang teruja untuk hadir menonton.

Apa yang korang perlu buat ialah:

Pembaca hanya perlu mencetak atau skrinshot artikel tentang JFF2020 yang dipaparkan di Budiey.com di pawagam GSC Midvalley Megamall (50) (Kaunter Pengumpulan e-Pembayaran) pada 8 Oktober 2020 (Khamis), 12:00 tengahari dan seterusnya untuk menebus dua (2) JFF2020 pas percuma, perkhidmatan pertama.

Maksimum dua (2) pas setiap orang selagi stok masih ada.

Terima kasih kepada The Japan Foundation, Kuala Lumpur dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hanya Shuib Sahaja Telah Dipanggil Beri Keterangan Di SPRM

Izwan Azir Saleh Senjata Terbaharu di Kool FM