in , ,

Peraduan Jom Menonton Filem Disney/Pixar’s Soul

Nah! Ini adalah hadiah daripada Budiey teristimewa buat semua Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah menarik ini!

Pada pertengahan Oktober lalu, Disney+ mengumumkan filem terbaru mereka berjudul SOUL. Pada awalnya filem ini dijadualkan akan ditayang di pawagam Amerika Syarikat pada bulan Jun 2020. Namun disebabkan pandemik Covid-19, tarikh jadual tayangan terpaksa ditunda. 

Untuk info, filem ini akan ditayangkan di Malaysia mulai 25 Disember ini bersesuaian dengan musim cuti sekolah di mana ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka menonton wayang. Memandangkan kita masih lagi memerangi wabak Covid-19, pihak pawagam terpaksa mengambil langkah dengan mengetatkan SOP. Kerana itu juga, filem ini hanya ditayangkan di beberapa buah pawagam yang terpilih. Sila rujuk kepada senarai pawagam yang Budiey lampirkan di bawah artikel ini. 

HOPSC_004C_G_ENG-MY_70x100_.indd
©2020 DISNEY/PIXAR

Filem hasil kerja sama produksi Disney dengan Pixar Animation Studio ini diarahkan oleh Pete Docter. Hasil arahan beliau tidak syak lagi cukup mantap kerana sebelum ini  pernah mengarahkan beberapa filem animasi seperti INSIDE OUT, COCO, UP, TOY STORY dan masih banyak lagi.

Sementara itu, pengisi suara dari filem ini turut dijayakan oleh pelakon ternama seperti Jamie Fox yang dipercaya untuk mengisi suara Joe yang membawa watak utama dalam filem ini. Selain Jamie Fox, filem ini membariskan nama besar lain seperti Tina Fey, Questlove, Phylicia Rashad, Ahmir-Khalib dan masih banyak lagi.

Sinopsis Filem Disney/Pixar’s Soul

Joe Gardner adalah guru muzik sekolah menengah di New York yang memasang impian untuk menjadi seorang pemain piano jazz. Malangnya dia terjatuh ke dalam sebuah pembetung di jalan raya Manhattan, menyebabkan jiwanya terpisah dari jasadnya dan dihantar ke You Seminar, iaitu sebuah pusat di mana jiwa-jiwa dihasilkan bersama minat mereka sebelum dimasukkan dalam badan bayi yang baru lahir. Untuk pulang ke Bumi semula, Gardner perlu berlatih dengan jiwa-jiwa yang lain seperti 22, jiwa yang sudah lama terperangkap di pusat tersebut.

Disney/Pixar’s Soul ditayangkan di pawagam terpilih seluruh Malaysia bermula 25 Disember 2020.

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Disney/Pixar’s Soul

Sensasi Selebriti dengan kerjasama The Walt Disney Company ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad untuk pembaca setia Budiey.com.

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #PixarSoulMY

Soul_Tshirt
 Limited Edition Disney/Pixar’s Soul Adult T-Shirt X 5
Soul_Notebook
Limited Edition Disney/Pixar’s Soul Light Up Notebook X 5
Soul_GID Sticker
Limited Edition Disney/Pixar’s Soul Sticker Sheet X 5
Soul_Cap
Limited Edition Disney/Pixar’s Soul Cap X 5
Soul_Amenity Bag
Limited Edition Disney/Pixar’s Soul Iridescent Faux Leather Amenity X 5

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah barangan Premium Edisi Terhad ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

  1. Apakah yang mungkin berlaku berdasarkan kejadian di minit 1:15 dalam trailer filem ini: https://youtu.be/TXMIgebzMQM
  1. Siapakah yang melakonkan watak Joe Gardner dalam filem Disney/Pixar’s Soul?

4. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menang peraduan Disney/Pixar’s Soul kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menonton Filem Disney/Pixar’s Soul

Tarikh tutup peraduan:

15 Januari 2021

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada The Walt Disney Company dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menarik ini mulai 25 Disember 2020.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

SOUL
©2020 DISNEY/PIXAR
SOUL
©2020 DISNEY/PIXAR
SOUL
©2020 DISNEY/PIXAR

TGV CINEMAS:

TGV 1st Avenue

TGV Mesra Mall

TGV Manjung

TGV Bukit Mertajam

TGV Gurney Paragon

TGV Taiping

TGV Miri

TGV Vivacity

GSC CINEMAS:

GSC Alamanda

GSC City One Kuching

GSC ECM Kuantan

GSC Star Mentakab

GSC Gurney

GSC Sunway Carnival

GSC Dataran Pahlawan

GSC Aeon Malacca

GSC Aman Central

INDEPENDENTS:

LFS Kuala Terengganu

King’s Sibu

Paragon Taiping

Paragon Alor Setar

Paragon KTCC Mall

BRUNEI:

Mall Brunei

Plaza Sutera Biru Brunei

Times Cineplex

Times Empire

Times Tutong

Times One City

Times Aman Hills

Times Kuala Belait

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gali Semula Mayat Maradona Untuk Dipamerkan Bersama Trofi Yang Dimenanginya

PEKIN IBRAHIM

Filem SUATU KETIKA Lakonan Pekin Ibrahim Bakal Ditayangkan di Netflix