in ,

Ina Naim & Suhaimi Saad Selamat Bertunang

Sensasi Selebriti mengucapkan tahniah kepada Ina & Suhaimi. Semoga ikatan suci anda berdua kekal sepanjang hayat.

Mungkin betul kata pepatah, tiada rotan akar pun berguna. Tidak dapat berkahwin dengan bintang nombor satu, Mawi pun tak mengapa, sekurang-kurangnya kepedihan cinta Ina Naim yang terlerai telah terubat kerana kini dia telah menjadi tunang seorang penyanyi nasyid, Suhaimi Saad, 27 tahun.

Untuk kalian yang tidak mengenali, Suhaimi dulunya pernah bersama kumpulan In Team dan sekarang ini bergerak secara solo dengan menghasilkan sebuah album Kias Cinta.

blogBerita pertunangan Nor Diana Mohd Naim, 23 dengan Suhami mengejutkan saya kerana sebelum ini tidak kedengaran gosip antara mereka. Senyap-senyap je bercinta dan mereka pandai menutup rahsia. Pada saya, melihat pada peribadi dan karakter Suhaimi, Ina kiranya bertuah kerana mendapat orang yang sebaik Suhaimi. Ina pun mengaku keikhlasan dan kejujuran Suhaimi memikat hatinya walaupun baru 2 bulan berkenalan.

Semoga hubungan mereka kekal dan selamat melangsungkan perkahwinan. Tarikh perkahwinan akan diketahui di sidang akhbar pada hari ini di pejabat operasi kumpulan Hijjaz.

Rombongan keluarga Suhaimi dari Triang, Pahang hadir di rumah ibu bapa Ina di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor menyerahkan dua bentuk cincin merisik dan bertunang bersama lima dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Mereka menetapkan RM10,000 serba satu sebagai wang hantaran yang akan diberikan pada majlis pernikahan. – [Berita Harian]

Sensasi Selebriti mengucapkan tahniah kepada Ina & Suhaimi. Semoga ikatan suci anda berdua kekal sepanjang hayat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem WARIS JARI HANTU

Corat Coret Showcase Sunday Nite Live Ferhad di Planet Hollywood