in ,

Lagu Muara Hati Duet Hafiz & Siti Nurhaliza Lagu Tema Adam Hawa

Lagu Muara Hati Duet Hafiz & Siti Nurhaliza Lagu Tema Adam Hawa. Lagu Muara Duet Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza dipilih menjadi lagu tema sebuah drama terbaru Astro iaitu Drama Adam & Hawa. Untuk info pembaca budiey.com, drama Adam & Hawa akan disiarkan mulai 27 Ogos 2012, setiap Isnin hingga Khamis, 9 & 9.30 malam (dua episod berturut-turut) di Astro Mustika HD.

Kolaborasi Dato’ Siti Nurhaliza bersama penyanyi lain seringkali tidak menghampakan. Terbaru, penyanyi tersohor negara ini telah bekerjasama dengan juara Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz Suip untuk sebuah lagu duet bersama berjudul Muara.

Pada 1 Ogos 2012 lalu, Budiey telah merakam video Hafiz menyanyikan lagu tema Adam & Hawa ini tanpa kehadiran Dato’ Siti Nurhaliza.

Lagu yang diberi judul Muara tersebut merupakan ciptaan dan nukilan daripada Hafiz sendiri bersama Adi Sixth Sense untuk drama Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa.

“Siti baru sahaja selesai merakamkan lagu tersebut dan begitu juga Hafiz. Tetapi masih ada beberapa bahagian yang perlu di touch up dan kami akan masuk semula ke studio untuk mengemaskan lagi lagu ciptaan Adi Sixth Sense tersebut. Lagu ini dicipta sebagai lagu tema bagi drama Adam & Hawa dan memang dicipta untuk berduet dengan Hafiz. Lagu ini tidak terlalu slow dan boleh dikatakan agak catchy juga dan Siti menyukai hasil karya daripada Adi Sixth Sense,” ujarnya yang akan merakamkan album terbaru tidak lama lagi.

Istimewa bulan Ogos ini, Astro menerusi Saluran Mustika HD (134) dengan berbesar hati membawakan sebuah drama bersiri dalam bentuk definisi tinggi pertama berjudul Adam & Hawa. Drama menarik 80 episod yang diadaptasi daripada novel terbitan Alaf 21 ini diterajui oleh barisan pelakon yang mantap termasuklah Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Adnan, Aznah Hamid serta ramaqi lagi.

Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan segala hormatnya ingin menjemput wakil pihak penerbitan tuan/puan untuk menghadiri Majlis Pelancaran Drama Bersiri HD “Adam & Hawa” pada 14 Ogos 2012 (Selasa), jam 6.00 petang @ Flora Terrace, Level B1, Hampshire Place, Jln Mayang Sari, Off Jln Tun Razak, KL

Sinopsis Drama Adam & Hawa:

Perkahwinan paksa akibat fitnah memaksa Ain Hawani melarikan diri. Setelah bertahun lamanya, dia ditemukan semula dengan Adam, lelaki yang pernah memusnahkan hidupnya. Namun mampukah mereka menelan ego dan mengakui perasaan kasih yang sediakala tercipta?

Saksikan Adam dan Hawa, eksklusif di Mustika HD, saluran rancangan hiburan Melayu berdefinisi tinggi pertama di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artis Popular Kongsi Tips Hias Rumah Dalam Dekorasi Aidilfitri

Siti Nurhaliza & Suami Bakal Tunai Umrah Hujung Ramadan