in , ,

Aaron Aziz Minta Sharnaaz Jangan Masuk Campur Isu Dengan Syamsul

Pelakon Datuk Aaron Aziz memberikan amaran terhadap pelakon, Sharnaaz Ahmad yang memberi reaksi terhadap konflik antara Aaron dan pengarah, Syamsul Yusof.

Memetik Utusan Online, Aaron berkata dia tidak mahu orang luar yang tidak berkenaan memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

“Cakap dekat dia (Sharnaaz Ahmad), jangan masuk campur.  Kepada yang tidak terlibat dengan produksi (filem The Original Gangster), jangan bagi kenyataan. Jangan masuk campur. Kalau nak (masuk campur), jumpa saya dulu,” katanya.

Terdahulu, Syamsul berkata dia tidak akan bersemuka dengan pengarah sensasi itu selepas dilarang isterinya, Diyana Halik.

Aaron berkata dia akan mengikut seperti yang dipinta isterinya serta mengatakan bahawa rezeki bukannya terletak di tangan manusia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IBNOR RIZA

Dua Kali Jalani Rawatan Kimoterapi, Ibnor Riza Kongsi Foto Terkini

Respon Win Siti Nurhaliza Kepada Aliff Syukri Buat Ramai Terhibur