in , ,

Aaron Aziz & Nabil Ahmad Dipilih Jadi Duta Jakel Untuk Tahun 2023

Jakel terus memperluaskan penawaran jualan persiapan Aidilfitri kepada orang ramai menerusi pembukaan premis baharu miliknya di Seksyen 7, di sini hari ini.

Gedung baharu itu terletak 200 meter dari premis lama yang sebelum ini musnah dalam kejadian kebakaran, awal tahun ini. 

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, premis berkenaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan dijangkakan mampu memberikan lebih keselesaan kepada para pelanggan. 

Perasmian Pembukaan Gedung Baharu Jakel Shah Alam

Perasmian Pembukaan Gedung Baharu Jakel Shah Alam 

“Premis baharu kami yang terletak bersebelahan Hospital Shah Alam ini turut menyediakan kawasan letak kereta yang kondusif iaitu berkapasiti 1,000 ruang dalam satu masa. 

“Kita turut menyediakan perkhidmatan buggy khusus untuk membawa pelanggan dari tempat letak kereta hingga ke hadapan kedai,” katanya. 

Perasmian Pembukaan Gedung Baharu Jakel Shah Alam

Sehubungan itu, Mohamed Feroz menyeru warga Shah Alam dan orang ramai untuk meluangkan masa berkunjung ke Jakel Shah Alam yang baharu itu sambil membeli belah dengan tawaran harga yang menarik. 

“Apapun kami bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya, Jakel Shah Alam baharu ini sempat dibuka sempena ketibaan Aidilfitri. 

“Pada masa sama, orang ramai juga berpeluang untuk dapatkan produk jenama Ariani dan Hajrah di sini,” katanya. 

Perasmian Pembukaan Gedung Baharu Jakel Shah Alam

Tambah beliau, di samping itu, selari dengan inisiatif dan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihaknya turut melancarkan Kempen Jualan Rahmah Jakel baru-baru ini. 

“Kita ingin turut meringankan beban rakyat pada masa sama memastikan semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri. 

“Jika dulu samping dijual pada harga RM119, sekarang hanya ditawarkan dengan harga RM39 menerusi kempen ini, ” ujarnya. 

Perasmian Pembukaan Gedung Baharu Jakel Shah Alam

Selain itu, kata beliau, Aaron Aziz dan Nabil Ahmad dipilih menjadi duta Jakel tahun ini, di mana baju Melayu mereka yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM229, kini hanya dijual RM149 termasuk samping dan butang baju percuma. 

Perasmian Pembukaan Gedung Baharu Jakel Shah Alam
Perasmian Pembukaan Gedung Baharu Jakel Shah Alam
Perasmian Pembukaan Gedung Baharu Jakel Shah Alam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Kehadiran Orang Ketiga Juga Satu Ujian Allah, Untuk Uji Rumah Tangga Kita”

Individu Dedah Perangai Janna Nick, Tergamak ‘Sidai’ Orang 4 Jam