in , ,

“Usah Panjangkan Isu Aaron Aziz,” – Syamsul Pengarah The Original Gangster

Pengarah filem The Original Gangster (TOG), Syamsul Yusof, 39, menjelaskan keputusan menggugurkan Datuk Aaron Aziz daripada senarai pelakon naskhah itu dibuat sebulat suara dan dipersetujui penerbit.

Melalui entri Instagram Story (IGs), hari ini, Syamsul memberitahu, isu membabitkan Aaron tidak perlu dipanjangkan termasuk menyalahkan mana-mana pihak.

“Dalam isu Aaron digugurkan sebagai pelakon filem OG, tidak perlu kita menyalahkan mana-mana pihak atau pelakon lain seperti Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy.

“Keputusan menggugurkan Aaron dibuat sebulat suara oleh saya dan penerbit lain filem ini. lni isu kerja antara saya sebagai pengarah dan Aaron sebagai pelakon.

“Saya ambil semua kesalahan dan bertanggungjawab terhadap isu ini. Tidak perlu dipanjangkan lagi isu ini,” luahnya.

"Usah Panjangkan Lagi Isu Aaron Aziz," - Syamsul Yusof Pengarah The Original Gangster

Sebelum ini, Syamsul mendedahkan, masalah kesihatan iaitu ‘slip disc’ serta kenaikan berat badan Aaron menjadi antara sebab beliau terpaksa digugurkan daripada membintangi filem yang masih dalam pembikinan itu.

Bagaimanapun, Syamsul dilaporkan berkata, beliau adalah individu terakhir yang mahu menggugurkan Aaron daripada filem berkenaan.

Isu membabitkan Aaron diperkatakan apabila pelakon berasal dari Singapura itu memuat naik hantaran video di IG mendakwa Syamsul enggan berjumpa berhubung isu digugurkan daripada membintangi filem TOG.

Aaron mendakwa sudah membuat persediaan termasuk dalam aspek fizikal bagi membintangi karya itu.

Filem TOG terbitan Syamsul Yusof Films dan Razor’s Edge Pictures dibintangi aktor handalan seperti Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG

Samsung Umumkan Pra-Pesanan Galaxy A54 5G & Galaxy A34 5G 

Drama MALAM PENGANTIN Terbitan SYOK Bersama Dewan Bahasa & Pustaka