in , ,

Aaron Aziz Pegang Al-Quran, Dedah Cerita Isu Dengan Syamsul Yusof

Pelakon Datuk Aaron Aziz akhirnya tampil membuka mulut susulan kenyataan pengarah Syamsul Yusof yang menggugurkan namanya daripada filem The Original Gangster disebabkan masalah kesihatan.

Menerusi satu video dimuat naik, Aaron berkata Syamsul memaklumkan tidak banyak adegan berlawan dalam filem tersebut sebelum menjalani latihan untuk menjayakan babak.

Menurut Aaron, ketika Syamsul mempelawanya dimana penggambaran akan bermula sebulan lagi dan untuk dia menurunkan berat seperti dimahukan adalah sukar namun dia tetap mencuba.

Bagaimanapun, Aaron terkejut apabila mendapat tahu banyak babak berlawan dengan pelakon-pelakon lain serta sekumpulan orang.

“Kalau datang rumah aku tiga kali, kata nak buat filem KL Gangster rupanya pasal cerita lain (The Original Gangster). Kalau jangan nak tipu, tak tahu aku ada masalah dengan leher aku.

“Kau datang sebulan sebelum mula penggambaran. Aku dah jatuhkan badan (turunkan berat) yang kau nak, memang mustahil. Tapi aku cuba juga.

“Kau kata tak banyak babak berlawan, tapi banyak guna senjata. Aku pun mula latihan setiap minggu, tiga empat kali. Tiba-tiba produksi maklum…

“Kau cakap ada koreografer. Lepas tu dapat tahu aku berlawan dengan empat pelakon serta 20 orang,” katanya.

Aaron turut mencadangkan dirinya dicucuk untuk mendapat bentuk badan ideal seperti yang dikehendaki oleh pengarah berkenaan.

“Kau tahu tak aku penat macam mana? Setiap hari bakar 100 kalori. Kau bagi gambar nak badan macam ni, aku cakap kalau nak badan begitu kena cucuk bro. Dia kata pergi cucuk.

“Kau punya budak (team) ambil video pelakon yang tak banyak langkah. Bahagian dia ambil video aku, masa aku tengah belajar lagi.. pergerakan. Pastu hantar bagi produksi. Kalau cakap pengarah nak tengok, mesti aku buat betul-betul.

“Tu bukan ke aniaya? Itu menunjukkan artis lain lagi pantas, aku slow. Aku ada banyak babak berlawan kau campak kat aku. Kau jumpa aku pun tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Aaron meluahkan rasa terkilan apabila diperlakukan seperti sampah apabila dirinya tidak diperlukan dalam filem tersebut, malah Syamsul juga enggan berjumpa dengannya.

“Aku ajak kau jumpa, kau tak nak jumpa aku. Bila kau nak, kau datang rumah aku dengan cara baik. Bila tak nak, kau buang aku macam sampah. Aku ajak jumpa, boleh tengok badan aku kurus ke tidak,” kongsinya.

Dalam sidang media semalam, Syamsul berkata faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan menjadi punca Aaron digugurkan daripada filem The Original Gangster.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Semua Terhibur! Konsert Nidji & Budi Doremi Ubati Rindu Peminat di Malaysia

Puteri Sarah Mohon Kementerian Agama Siasat Syamsul & Ira Kazar