in

Artis Popular Kongsi Tips Hias Rumah Dalam Dekorasi Aidilfitri

Kongsi Tips Hias Kediaman Syawal Ini Bersama Artis Popular Dalam Dekorasi Aidilfitri Di TV1

Tidak dinafikan antara faktor yang cukup dititik-beratkan kalangan kita menjelang Syawal nanti selain menyediakan segala kelengkapan seperti baju, langsir, perabot dan sebagainya, pastinya kita turut memikirkan idea menghias kediaman yang paling ideal untuk menyambut tetamu yang hadir bertandang.

Tidak kira mahal ataupun murah, setiap rumah pasti dihias mengikut cita rasa dan idea masing-masing. Namun tugas menghias kediaman bukan mudah kerana tanpa idea kreatif dan susun atur yang sempurna, keadaan rumah mungkin kelihatan membosankan walaupun menggunakan perhiasan daripada material yang mahal dan berjenama.

Justeru usah ketinggalan berkongsi tips menghias kediaman bersama penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang lainnya menerusi program Dekorasi Aidilfitri yang berkonsepkan santai membawa 3 segmen menarik; Dekor Syawal, Tips Syawal dan Menjelang Syawal Bersama artis jemputan.

Pengacara... Farah Diana Anuar

Pengacara Dekorasi Aidilfitri Farah Diana Anuar

13 episod program majalah yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan mulai 6 Ogos 2012, setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.05 tengah hari menerusi TV1 ini menampilkan pengacara Farah Diana Anuar.

Kongsikan segmen Dekor Syawal memaparkan panduan tentang cara-cara untuk menghias ruang tamu di kediaman, menyusun atur dan menghias ruang makan, seterusnya berkongsi panduan bagaimana menjadikan ruang laman sebagai ruang alternatif, panduan menghias langsir, cara menghias dinding rumah agar tampil menarik, panduan memilih gubahan bunga yang bersesuaian dengan rumah, pilihan rekabentuk dan corak bantal kusyen sebagai penyeri di ruangan rumah.

Selain itu, panduan pemilihan permaidani, pemilihan warna dan corak dalam menentukan konsep sesebuah kediaman, panduan dan idea pereka dalaman tentang peranan warna dan corak yang mampu mengubah suasana dekorasi rumah, panduan dekorasi lampu, memperkemaskan suasana bilik air tamu agar tampak ceria, nyaman dan menarik, seterusnya perkara-perkara penting yang perlu dielakkan apabila menghias rumah dan sebagainya. Kesemua panduan dan cara-cara menghias kediaman ini akan disiarkan satu persatu pada setiap episod.

Manakala dalam segmen ke-2 pula berkongsi tips-tips Syawal antaranya ialah tips tentang cara-cara mengurus dan menyediakan bajet raya, tips membeli belah semasa jualan murah, tips menjadikan perabot kayu lama kelihatan baru, tips mengadakan Rumah Terbuka di Hari Raya, konsep dan pilihan hadiah yang sesuai untuk diberikan pada bulan mulia, tips menghilangkan bau cat pada dinding yang baru dicat, panduan menjaga permaidani, tips daripada Chef Ismail tentang persediaan menu sihat di Hari Raya dan pelbagai lagi tips-tips berguna yang akan dikongsi bersama.

Segmen yang begitu dinantikan pastinya bersama artis jemputan untuk berkongsi cerita tentang persediaan mereka untuk menyambut Hari Lebaran. Antara artis-artis popular yang diundang di studio termasuklah pasangan suami isteri popular, Norman Hakim/Memey Suhaiza, Fauzi Nawawi/Lisdawati, Que Haidar/Linda Jasmine, Sharifah Shahirah/Ijoy, Ayu Raudhah/Zaquan Adha, Datuk Aziz Satar/Datin Hasimah Delan dan Diana Rafar/Zamarulhisham. Turut memeriahkan program ini Cat Farish, Awie dan ramai lagi artis-artis terkenal tanah air bersama pasangan masing-masing.

Dapatkan panduan, tips dan berkongsi cerita-cerita menarik persiapan artis-artis tempatan menyambut Hari Lebaran dalam Dekorasi Aidilfitri hanya di TV1.

Que Haidar dan Linda Jasmine

episod artis undangan...Diana Rafar dan Zamarul Hisham

Datuk Aziz Satar dan Datin Hasimah Delan

Ayu Raudhah dan Zaquan Adha

Fauzi Nawawi dan lisdawati

Sharifah Shahirah dan Ijoy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Koleksi Gambar Aaron Aziz dalam Filem Dampak

Lagu Muara Hati Duet Hafiz & Siti Nurhaliza Lagu Tema Adam Hawa