in

Album Imam Muda Memecah Tradisi Kini Di Pasaran

Album Imam Muda ‘Memecah Tradisi’ Kini Di Pasaran.

Penantian lebih 10 minggu akhirnya terjawab apabila pensyarah berusia 26 tahun, Mohd Hassan Adli Bin Yahaya @ Yahuza diumumkan sebagai Imam Muda Terunggul di malam Kemuncak Imam Muda Musim Kedua yang turut disiarkan secara langsung di Astro Oasis saluran 106. Susulan daripada sambutan dan respon baik yang telah diberikan umum, KRU Studios dengan kerjasama Astro Oasis mengambil langkah strategik dengan menerbitkan album kompilasi Imam Muda ‘Memecah Tradisi’.

imam-muda

Album yang julung kali diterbitkan ini mengandungi 8 buah lagu yang terdiri daripada 2 buah lagu baru ciptaan sepenuhnya komposer terkenal Edry Abdul Halim iaitu `Pejuang Agama’ nyanyian Imam Muda 2 dan `Ujian Hidup’ nyanyian Imam Muda 1 pada musim yang pertama. Istimewanya album ini turut memuatkan sebuah lagu bonus yang juga merupakan lagu tema Imam Muda, dinyanyikan secara berduet oleh penyanyi-penyanyi yang diminati ramai iaitu Mawi dan Akhil Hayy. Selain itu terdapat ‘Zikir’ dan ‘Selawat Ke Atas Nabi S.A.W ‘ yang didendangkan oleh Imam Muda 1. Khas buat penggemar yang menggemari muzik instrumental, album ini tidak ketinggalan menampilkan lagu-lagu bonus instrumental seperti `Pejuang Agama’,`Ujian Hidup’ & `HambaMu’.

album-imam-muda

Kemuncak Imam Muda Musim Kedua telah menampilkan 2 Imam Muda iaitu Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul sebagai 2 calon Imam Muda yang terpilih ke Kemuncak Imam Muda. 8 Imam Muda yang lain iaitu IM Ali, IM Azlan, IM Fadli, IM Fattah, IM Najdi, IM Ammar, IM Mujahid dan IM Fakhrul telah menamatkan pengajian mereka di Imam Muda terlebih dahulu. Imam Muda Musim Kedua ini juga telah menampilkan 2 peserta dari Brunei dan Singapura iaitu Imam Muda Fadhli dari Brunei dan Imam Muda Mujahid dari Singapura.

Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian remaja lelaki Islam yang dipilih menerusi uji bakat. Pogram ini diterbitkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pogram ini bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia, mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintegriti dan berkredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin yang versatil dan relevan kepada komuniti.

Album Imam Muda ‘Memecah Tradisi’ kini dipasaran dan boleh didapati di rangkaian Giant, Rock Corner dan Speedy yang berhampiran dengan harga RM19.90 atau anda boleh melayari ke Facebook United Studios untuk membuat pembelian secara online.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Perkenal Blackberry Playbook di Malaysia

U.O.X. BATTLE 11 TOP 10 BANDS