in , ,

Single Baharu Carnival Jadi Penutup Tirai Tetralogi Siri Video Muzik Timur

“Carnival” merupakan lagu hasil ciptaan Adam Pondang, Andrew Pedersen, NIIVA & Ella Isaacson manakala terjemahan Bahasa Melayu oleh Mystic Rose.

Penceritaan melalui video muzik memang selalu ditonjolkan oleh artis-artis tempatan dan antarabangsa. Namun penghasilan penceritaan video muzik secara bersiri, khususnya bagi empat buah lagu (tetralogi) memang tidak pernah dihasilkan khususnya dalam tiga bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin. 

Inilah keistimewaan Timur, artis serba boleh yang fasih dalam tiga bahasa yang mengeluarkan single ke empatnya berjudul “Carnival” sebagai penutup tirai tetralogi siri video muzik, setelah 10 bulan kempen promosi ini dijalankan.

Carnival Penutup Tirai Tetralogi Siri Video Muzik Timur

Penceritaan siri video muzik ini bermula dengan satu rompakan bank yang mencurigakan apabila sekumpulan wanita mencampak wang rompakan mereka di sebuah rumah kebajikan orang tua (video muzik “Not A Criminal”).  Penyiasat kes rompakan ini (Justin) berjaya mengesan salah seorang perompak itu menuntut di sebuah kolej swasta. Menyamar sebagai pelajar, Justin telah bergaul dengan pelajar-pelajar lain dan berjaya mengenalpasti Timur sebagai suspek utama (video muzik “Sabotage”). Timur membawa Justin ke rumah kebajikan tersebut namun mendapati mereka telah diserang oleh sekumpulan penjahat yang merampas wang yang diserahkan oleh Timur.  Pada masa yang sama, Justin telah mula jatuh hati dengan Timur apabila mengetahui motif utama Timur melakukan rompakan bank tersebut adalah kerana ingin membantu warga tua penghuni rumah kebajikan tersebut yang mengalami masalah kewangan (video muzik “Love You Now”). Penutup bagi penceritaan ini digambarkan dalam video muzik “Carnival”. 

Carnival Penutup Tirai Tetralogi Siri Video Muzik Timur

 “Carnival” merupakan lagu hasil ciptaan Adam Pondang, Andrew Pedersen, NIIVA & Ella Isaacson manakala terjemahan Bahasa Melayu oleh Mystic Rose. Video muzik “Carnival” dan siri tetralogi ini telah diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim.

“Saya berharap peminat saya terhibur dengan siri tetralogi muzik video ini. Ini satu pengalaman yang cukup bermakna buat saya dan amat mencabar khususnya bagi menyiapkan lagu dan video muzik dalam tiga bahasa. Walaupun sukar, saya amat berpuas hati dengan hasilnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan juga peminat yang menyokong kerjaya saya sehingga kini. “ ujar Timur.

Lagu “Carnival” telah dilancarkan secara rasmi disemua platform penstriman digital pada 13 Januari 2023 manakala video muziknya kini boleh ditonton di saluran YouTube “Timur Official”. Seperti pengeluaran single yang lepas, lagu ini turut dikeluarkan dalam tiga (3) versi iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DIDI FRIENDS

Didi & Friends The Movie Beri Kejutan di Pawagam 23 Februari Ini

“Air Mata Mak Tiri Tumpah Terkenang Arwah Siti Sarah,” –  Siti Fatimah