in

Adila & Yazid Peserta Oo La La Pertama Tersingir

ADILA & YAZID PESERTA PERTAMA TERSINGIR

TV9 Di Hatiku sentiasa mencari idea baru dan konsep menarik yang boleh diketengahkan untuk penonton. Kini, untuk kali pertamanya, TV9 menerbitkan sebuah rancangan realiti hiburan yang diberi nama Oo La La yang melibatkan ahli keluarga seperti ibu, bapa, ibu saudara, bapa saudara dan kakak.

Oo La La yang bertujuan untuk mencari bakat baru remaja dalam bidang nyanyian bakal menyaksikan perkembangan mereka dalam mengejar impian menjadi seorang bintang dari minggu ke minggu. Telah mula disiarkan pada 23 Mei 2009, setiap hari Sabtu bermula jam 9.30 malam hingga 11.00 malam, Oo La La akan disiarkan secara langsung dari Studio 2, NTV7 Glenmarie, Shah Alam. Kini, Oo La La telah masuk minggu kedua dan saingan hebat dapat dirasai apabila peserta perlu membuat persembahan secara solo.

Selain daripada kehebatan peserta-peserta menunjukkan bakat nyanyian dalam persembahan konsert minggu ini, pemilihan lagu juga mempengaruhi persembahan mereka. Peserta pertama yang membuka tirai pada malam ini adalah J.C yang menyanyikan lagu ‘Kau dan Aku’. Sementara, Farah bertuah kerana mendapat lagu yang diminati ramai, ‘Matahari’. ‘Jika Kau Bercinta Lagi’ dinyanyikan oleh Dan, ‘Kisah Tercipta’ dinyanyikan oleh Amira, ‘Nakal’ dinyanyikan oleh Afiq, ‘Naluri Lelaki’ dinyanyikan oleh Ameer. Selain itu, Eina menyanyikan lagu ‘Tiada Lagi Kidung Mu’, Reen dengan lagunya ‘Dan Sebenarnya’ dan peserta terakhir yang membuat persembahan adalah Sha dengan lagu popular ‘Cinta Adam & Hawa’.

Pada minggu ini, penyingkiran buat kali pertama telah dilakukan. Mereka yang mendapat markah dan undian terendah terpaksa meninggalkan program ini dan perjuangan mereka tepaksa berhenti setakat ini. Pada malam itu, Adila yang telah membuat persembahan secara solo dengan lagunya ‘Oo La La Tropika’. Pasangan peserta anak dan bapa, Adila dan Yazid terpaksa akur dengan keputusan yang diterima.

Peserta Oo La La yang lain dapat menarik nafas lega apabila nama mereka tidak diumumkan yang memungkinkan bahawa mereka akan terus kekal untuk merebut gelaran juara serta membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, tempat kedua RM20,000 dan tempat ketiga RM10,000. Siapa bakal meraih gelaran juara dan sekaligus menggenggam RM30,000?

Untuk mengetahui bakal juara Oo La La, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan program yang penuh dengan aksi spontan dan kejutan yang akan disiarkan setiap Sabtu jam 9.30 malam.

Rancangan realiti Oo La La ini diterajui penerbit eksekutif Rini Yulianto Sediono, penerbit Azman Ghaffar dan dibantu oleh Nurul Izza, Arunn A/L Krishnan, Ahmad Ghazali Salim Bachik, Mohd Akmal Mohd Mustafa, Farhanah dan Hafiz.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Shukery Hashim Meninggal Dunia

Kerana Dia Ayahku di TV2