in

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Netflix Horror-thon 2018

Netflix jamu cerita seram 31 hari pada Oktober ini!

Kebanyakan kita bersantai selepas sehari suntuk bekerja dengan menonton rancangan kegemaran, sama ada komedi, aksi atau drama. Namun di Malaysia, tidak ganjil bersua teman yang menonton ceita seram untuk tujuan melepas lelah.

Begitu sekali kita warga Malaysia gemarkan cerita seram! Tak perlu sempena menyambut sebarang acara khusus seperti Haloween. Kita menonton dan berlibur dengan cerita seram sepanjang tahun.

Netflix

Apa pun, dengan perayaan berkaitan ‘seram’ yang bakal menjelang tak lama lagi, kita perlukan lebih banyak lagi hidangan; peminat Netflix cenderung mendapatkan lonjakan seram di bulan Oktober berbanding lain-lain bulan sepanjang tahun. Netflix mendapati warga Malaysia dua kali ganda cenderung menonton cerita seram di bulan Oktober berbanding lain-lain masa sepanjang tahun.

Bersedialah untuk menjamu hidangan tontonan yang meremangkan bulu roma sepanjang SEBULAN ini kerana Netflix sedang menyiarkan rancangan hiburan Seram Selama 31 Hari! Tutup semua tingkap, nyalakan lampu terang benderang dan usah jawab sebarang ketukan pintu. Kerana dari sekarang hingga Oktober 31, Netflix akan menjadi kediaman cerita seram.

Dengan barisan judul asli seperti Apostle, Haunted, The Night Comes For Us, The Haunting of Hill House, Chilling Adventures of Sabrina serta banyak lagi yang disediakan, anda boleh mengharapkan 31 hari tanpa henti, saat yang penuh seram dan sejuk. Lebih lagi, khusus untuk mereka yang setia dengan cerita klasik terhebat, Netflix akan ke udara dengan judul-judul terbaik daripada The Shining hingga kepada nukilan Stephen King, Children of the Corn.

Berhiburlah dengan cerita seram! Berikut adalah judul terbaru untuk tontonan di Netflix bulan ini:

Agyaat (1 Oktober)
Sekumpulan kru penggambaran membuat rakaman di lokasi hutan tebal pedalaman mendapati seorang demi seorang anggota mereka ghaib akibat rasukan satu entiti yang tidak boleh dilihat mahupun didengari.

The Haunting of Hill House (12 Oktober)
Sebuah keluarga yang mengalami perpecahan diasak memori silam dan berdepan peristiwa kini serta rentetan peristiwa yang menghambat mereka.

Kuntilanak (12 Oktober)
Lima anak muda mendapati cermin antik yang ditemui di rumah anak yatim tempat tinggal mereka dahulu, tersimpan penunggu kediaman mistik yang menculik kanak-kanak serta memenjarakan mereka.

Apostle (12 Oktober)
Pada tahun 1905, seorang penjejak misi bahaya untuk menyelamatkan adik perempuannya terserempak dengan satu kumpulan ajaran sesat dan pelik di sebuah pulau terpencil.

Haunted (19 Oktober)
Pengkisahan oleh orang yang mengalami kisah benar waktu silam, dikongsi bersama teman dan taulan, dilakon semula dan memberi kesan seram lagi mendebarkan.

The Night Comes For Us (19 Oktober)
Seorang pembunuh elit upahan Triad menjadi sasaran ancaman oleh kumpulan gangster yang tiada peri kemanusiaan.

Chilling Adventures of Sabrina (12 Oktober)
Magis dan nakal bertembung dalam peribadi Sabrina, seorang insan separa manusia separa tukang sihir ketika ia menelusuri dua alam yang berbeza – kehidupan remaja dan legasi keluarga, ‘the Church of the Night’.

Hold the Dark (Kini ditayang strim)
Di suatu musim sejuk Alaska, seorang ahli alamiah memburu kumpulan serigala yang dipersalahkan membunuh seorang budak tempatan, namun dia sendiri terjebak dalam satu misteri yang menyeramkan.

Ghoul (Kini ditayang strim)
Gelagat aneh lagi menakutkan seorang tahanan di sebuah pusat tahanan militari menyebabkan seorang penyiasat yang sedang mencari kebenaran terjebak dalam pertempuran untuk kelangsungan hidup.

Sila semak kalendar Netflix’s 31 Days of Horror untuk mengikuti lebih banyak lagi hidangan seram dan mendebarkan. Kesemuanya boleh diperoleh secara perkhidmatan strim menjelang musim apa lagi? Kini masanya merancang tonton Netflix Horror-thon!

Halloween ini. Tunggu!

Selamat Menjejak Seram!

METODOLOGI:
*Berdasarkan agregat gelagat tonton di luar bulan October dengan di bulan October dari 2014-2017

** Agregat tarikh bulan Oktober 2014-2017 dengan data tontonan terbanyak per negara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

[GAMBAR] Sekitar Fattah Amin Dilantik Sebagai Duta Toyota C-HR

Celcom Menambahbaik Pengalaman Pelanggan Dengan Menaiktaraf Sistem Bil