in , ,

Peguam DS Najib Mohon Dokumentari Man on The Run Ditarik Daripada Netflix

Muhammad Shafee berkata, apa yang lebih serius adalah Tommy turut membuat kesimpulan sendiri berhubung kes itu di luar mahkamah dalam dokumentari berkenaan.

Peguam mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini memohon supaya dokumentari Man on The Run ditarik tayangannya daripada Netflix. 

Walaupun subjek utama dokumentari ini ialah Jho Low, beliau mendakwa kandungan dokumentari adalah sub judis dan menghina Datuk Seri Najib yang sedang dihadapkan di mahkamah atas tuduhan rasuah melibatkan 1MDB.

6. Najib Razak - former PM

Man on The Run telah ditayangkan di Netflix sejak 5 Januari lalu. Menurut Tan Sir Shafee, beliau menemukan 160 kenyataan di dalam dokumentari yang berunsur penghinaan terhadap anak guam beliau. Oleh itu beliau turut akan memohon kepada peguam negara, SKMM serta KDN supaya menarik akses tayangan dokumentari ini.

Offiicial Poster - MAN ON THE RUN

Pada waktu yang sama beliau telah diarahkan oleh anak guam untuk memfailkan saman ke atas bekas peguam negara Tan Sri Tommy Thomas dan pemilik Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang mengeluarkan beberapa kenyataan dalam dokumentari yang sama. Sejurus selepas ditayangkan di Netflix, Man on The Run memasuki carta antara 10 kandungan dengan tontonan tertinggi di Malaysia.

Ia turut memaparkan temu bual Najib yang menafikan pembabitan dalam skandal terbabit, selain temu bual dengan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim; pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown; dan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rosyam Nor Dikecam Beri Pendapat Rumah Pelacuran Perlu Ada di Malaysia

Sinopsis Drama Bersiri Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah Tayang di TV3 & iQIYI