in , ,

iPhone 12 Bakal Tiba di Malaysia, Tapi Netizen Nasihat Suruh Berjimat Cermat

Beberapa hari lalu, iPhone 12 dan iPad Air sudahpun tiba di Apple Store Singapura dan Apple berkongsi gambar pelanggan yang berkunjung ke sana untuk melihat dan mendapatkan model terbaharu gadget itu. Wah meriah! Banyak betul duit mereka. Belinya bukan satu ya, ada yang beli dua tiga empat lima. Fuh! Kayo!

Untuk pasaran Malaysia, macam biasalah, kita akan dianak-tirikan oleh Apple di mana peminat Apple akan dapat mengecapinya beberapa minggu agak lewat sedikit. Tapi kalau korang nak cepat ada je iPhone yang dijual oleh agen atau wakil penjual. Mana diorang dapat? Mungkin ada wakil yang tolong belikan dari Singapura atau luar negara dan hantar kepada mereka secara pukal. Macam semalam, kita tengok Michael Ang dah pun beli daripada seorang agen. Kelas Mike, selalu jadi orang pertama yang beli iPhone keluaran terbaharu.

iPhone 12 Bakal Tiba di Malaysia

Selain kedai Apple di Orchard Road itu, iPhone dan iPad terbaharu itu turut mula dijual di Beijing, London, Sydney, Hong Kong, New York dan pelbagai lokasi utama di seluruh dunia.

Budiey kira ramai peminat Apple kat Malaysia dah tak sabar nak sentuh kotak kecil iPhone yang dikatakan diperkecilkan demi menjaga alam sekitar tu kan? Tapi lain pula kata netizen di mana kita sekarang ni tengah berdepan dengan masalah kesihatan seantero dunia berlawan dengan Covid-19, tak perlu nak membazir wang ringgit untuk membeli iPhone 12 ni. Buat masa sekarang lebih baik kita berjimat cermat, simpan untuk beli barangan keperluan sahaja. Kita tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini.

Yang kelakar ada netizen mengatakan untuk iPhone 13 tahun depan, Apple bagi kotak sahaja, yang lain semua kena beli sendiri. Mak aih sampai macam tu sekali.

iPhone 12 Bakal Tiba di Malaysia

Ada netizen menasihati kita supaya tidak terlalu mudah terpengaruh dengan trend zaman sekarang. Asal ada telefon bimbit terbaharu je semua nak beli. Walhal, teknologi lebih kurang sama je. Jadi, tak payah nak ikut trend sangat. Memang tak akan habis kejar punya. Buat penat je kejar. Harga bukan biasa-biasa tapi boleh buat bayaran muka sebuah kereta. Kena tahu ukur baju di badan sendiri. Kepada yang mampu tu lain citer la. Kepada yang kena tanggung keluarga tu, kena beringat-ingat juga. Jangan sampai nanti masa kecemasan satu sen pun tak mampu nak keluar dari bank sebab dah tinggal habuk. Bab telefon bimbit ni takkan habis sampai abang jamil mampos sebab akan sentiasa dikeluarkan saban tahun. Kalau masih elok apa kata guna je sampai lunyai.

Apa Yang Menarik Pembeli Untuk Beli iPhone 12?

Satu-satunya fungsi yang dinanti-nantikan oleh pengguna iPhone adalah kamera yang lebih power berbanding yang sebelum ini kerana ia agak ketinggalan dengan kemampuan HDR yang ada pada pesaingnya seperti Huawei, OPPO dan Samsung.

Sejak iPhone 8 lagi, lensa kamera ditambah tapi kuasa dan kualitinya hampir sama dengan adik beradiknya, jadi edisi ke-12 ini menunjukkan bahawa Apple benar-benar serius untuk bersaing dengan jenama lain.

iPhone 12 Bakal Tiba di Malaysia

Apple juga menghentikan penggunaan lightning cable dan menggunakan USB-C untuk iPhone 12 bagi tujuan mengecas dan memindahkan data.

iPhone 12 Pro/Pro Max pula masing-masing dengan skrin Super Retina XDR, 6.1 dan 6.7 inci, diperbuat daripada besi tahan karat, rekabentuk yang rata dan datang dengan empat warna, termasuk emas yang sangat mengancam!

iPhone 12 biasa tak boleh bersaing dengan kamera iPhone 12 Pro Max, yang dapat memberikan kuasa maksimum untuk yang suka menghasilkan video berkualiti tinggi, tanpa perlu membawa kamera profesional ataupun action cam yang ada di pasaran.

Fungsi ini rasanya lebih menguntungkan yang suka menghasilkan video gred profesional, seperti wartawan solo dan pembuat filem, bukan orang biasa!

Bagi yang profesional, iPhone 12 Pro juga boleh menghasilkan foto dalam format RAW, yang dikenali sebagai Apple ProRAW.

Dengan bantuan A14 bionic yang baharu dan pengesan pemproses imej kamera pada iPhone 12 Pro Max yang 47% lebih besar daripada iPhone 11, ia dapat menghasilkan imej yang berkualiti lebih baik.

iphone apple

Pengesan yang lebih besar juga mengumpulkan lebih banyak cahaya dengan kamera kanta luas. Selain itu, ia datang dengan teknologi penstabilan OIS, untuk rakaman lebih tajam dan lancar, bagi tangan yang tak steady atau mengambil visual semasa bergerak.

Lebih menarik, telephoto iPhone 12 Pro Max bersaiz 65mm yang membolehkan anda zoom dan menangkap gambar potret yang lebih cantik. Apple juga mempekenalkan teknologi LiDAR pada iPhone 12 kali ini untuk menghasilkan gambar portret dalam cahaya yang rendah yang lebih menarik.

Yang paling canggih, video boleh dirakam dalam format Dolby Vision HDR, telefon pintar pertama yang ada kemampuan itu.

Pengesan pemproses imej iPhone 12 Pro Max boleh merakam Dolby Vision HDR 10 bit pada 60 bingkai sesaat. Jadi memang power lah kamera iPhone kali ini. 

Tapi bagi orang biasa, ini bukan keperluan utama. Kebanyakan orang tak akan perasan pun apa format kita rakam. Orang biasa hanya akan nampaknya sebagai video sahaja.

Apple iPhone 12 & 12 Mini Dilancarkan dengan Harga Bermula Dari RM3399

Apa itu Dolby? Kalau pergi tengok wayang, mesti pernah nampak logo Dolby ni.

Dolby memainkan peranan dalam pembangunan HDR ataupun High Dynamic Range untuk pawagam komersil dan peralatan home theatre sejak sekian lama. 

iPhone 12 Pro ni boleh merakam HDR 10 bit untuk memberi kawalan kepada pengguna kepada kualiti visual yang mereka mahukan.

Kalau anda mempunyai masalah dengan merakam video dalam suasana gelap dengan iPhone sebelum ini, Apple menjanjikan peningkatan 87% lebih cahaya dengan iPhone 12 Pro Max yang mengurangkan bintik-bintik pada video yang dirakam, juga dengan bantuan pengesan LiDAR.

Nak beli tak iPhone baharu dan yang mana satu pilihan anda?

*Sumber: Rancak TV, Apple & Video Apple Youtube

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Welcoming Kim Soo Hyun, Cosrx’s Global Representative

Ramai Suka Menonton EMILY IN PARIS di Netflix, Tapi Kenapa Marc Jacobs & Aldo Yang Untung?