in ,

Tractors Malaysia Bekerjasama Dengan Pelanggan Bantu Pertubuhan Bantuan Wanita 

Tractors Malaysia Bekerjasama Dengan Pelanggan Untuk Raih Rm80,000 Bagi Pertubuhan Bantuan Wanita

Tractors Malaysia, pengedar eksklusif Caterpillar di bawah Sime Darby Industrial Sdn Bhd (SDISB), baru-baru ini berganding bahu dengan empat syarikat – Nestcon Infra Sdn Bhd, Landhon Builders Sdn Bhd, Seri Pajam Development Sdn Bhd dan Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd – untuk menyumbang RM80,000 kepada Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO). Kerjasama tersebut meluaskan komitmen SDISB dalam usaha menyokong inisiatif yang menggalakkan kesaksamaan jantina dan memperkasakan wanita. 

Sumbangan dikumpulkan menerusi usaha terselaras antara Tractors Malaysia dan empat pelanggan utamanya dengan menyewa Caterpillar 323GX Hydraulic Excavator (Jentera Pengorek Hidraulik) berwarna ‘ungu’.

Sumbangan tersebut telah disampaikan untuk membiayai program  “She Rises” (Wanita Bangkit) RAO, yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa bertema “Inspire Inclusion” (Mendorong Keterangkuman). 

Majlis penyerahan sumbangan telah dirasmikan oleh Liew Thiam Huat, Pengarah Urusan – Perindustrian Asia Tenggara Sime Darby Industrial Sdn Bhd di ibu pejabat SDISB di Puchong, manakala syarikat-syarikat yang terbabit diwakili oleh Ir. Dr Lim Jee Gin, Pengarah Nestcon Infra Sdn Bhd; Yap Kian Hong, Pengarah Landhon Builders Sdn Bhd; Ten Fui Jean, Pengarah Seri Pajam Development Sdn Bhd; dan Datin Angie Ng, Pengarah Eksekutif Korporat Kumpulan, Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd. Turut dijemput ke majlis ialah Chen Binling, Pengarah Jualan bagi Caterpillar Inc dan Amnani Abdul Kadir, Pengarah Perkongsian bagi WAO.

“Sumbangan kepada WAO mencerminkan komitmen SDISB terhadap tanggungjawab sosial korporat dan kepercayaannya dalam kuasa tindakan bersama untuk mendorong perubahan positif. Dana yang disalurkan akan membantu WAO dalam misinya untuk memberikan sokongan dan tempat perlindungan bagi wanita dan kanak-kanak yang terkesan akibat keganasan domestik dan memperjuangkan hak wanita di Malaysia. Di SDISB, kami mengiktiraf betapa kepentingan mewujudkan persekitaran terangkum di mana semua orang, tanpa mengira jantina, mempunyai peluang saksama untuk berkembang maju di tempat kerja”, kata Liew.

“Sambutan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini mengingatkan kita bahawa usaha yang masih diperlukan untuk mencapai kesaksamaan jantina dalam kalangan masyarakat, dan SDISB berbangga untuk menyokong organisasi seperti WAO yang menyokong tujuan tersebut,” ujar beliau. 

Tractors Malaysia ialah pemimpin dalam pemasaran jentera berat Cat® di Malaysia dan Brunei. Pasukannya yang mahir dan terpelbagai berkhidmat kepada pelanggan daripada pelbagai industri, termasuk perlombongan, pembinaan, sistem kuasa, kerajaan, perusahaan utama dan marin. Tractors Malaysia memberikan sokongan jualan dan lepas jualan di 17 lokasi di seluruh Malaysia. 

Rangkaian produk Cat® yang luas termasuk jentolak tanah, perhutanan, pembinaan jalan dan penurapan jalan, pembinaan bangunan, pertanian/perladangan dan pengendali bahan perindustrian boleh didapati menerusi pelbagai skim pemilikan mudah (baharu, terpakai dan sewa).

WAO pula ialah sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang merupakan organisasi terbesar yang menjaga kepentingan dan memberi perlindungan kepada mangsa keganasan domestik di Malaysia. Misinya ialah untuk menamatkan keganasan terhadap wanita dan menggalakkan kesaksamaan jantina. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Ini Senarai Program Pilihan Yang Terbaharu di TV Okey Mulai April Ini 

Program Baharu The Hardest Singing Show Cabar Vokal & Kreativiti Penyanyi