in , ,

A.Aida Kejar Datuk S Sampai Lubang Cacing Demi RM1.3Juta

Penerbit, Datuk A. Aida mendesak seorang usahawan yang hanya disebut sebagai Datuk S supaya menjelaskan hutang yang dipinjam sejak empat tahun lalu berjumlah RM1.3 juta.

Penerbit, Datuk A. Aida mendesak seorang usahawan yang hanya disebut sebagai Datuk S supaya menjelaskan hutang yang dipinjam sejak empat tahun lalu berjumlah RM1.3 juta.

Memetik Kosmo Online, Pemilik nama sebenar Zaidah Awang itu mendedahkan individu terbabit menabur janji manis, namun terus menyepi apabila diminta menjelaskan wang tersebut.

Menurutnya, lelaki itu juga tidak menepati perjanjian memberikan sebidang tanah di Janda Baik, Pahang yang kononnya sukar direalisasikan disebabkan tanah tersebut berada di bawah nama bekas isterinya.

“Pinjaman dilakukan untuk menubuhkan sebuah institusi pendidikan swasta, namun kolej itu sempat beroperasi sekejap sebelum ditutup, manakala semua barangan termasuk perabot dijual tanpa pengetahuan saya.

“Kami memang ada tandatangani perjanjian apabila dia sepatutnya memberikan tanah yang dicagarkan dan akhirnya tuntutan itu juga tidak dipenuhi dengan memberi pelbagai alasan.

“Apa pun saya harap Datuk S dapat bayar duit saya dengan segera sebab masa minta pinjam berjanji macam-macam, tetapi selepas bertahun-tahun satu sen pun tak nampak,” 

“Saya jenis orang yang mudah percaya dan tetapi janji, jadi saya ingat semua orang bersikap macam saya, apatah lagi individu berkenaan kenalan lama abang angkat saya.

“Atas dasar percaya juga saya keluarkan pinjaman secara berperingkat bermula RM500,000, tetapi dia yakinkan akan tetap melunaskan pinjaman walaupun jika projek berkenaan bermasalah.

“Saya tak mahu orang lain kena tipu sebab mulut dia manis dan pandai meyakinkan orang,” katanya yang kini menyerahkan kepada peguam sebelum membuat laporan polis.

Terdahulu, pemilik A. Aida Production itu membuat naik video mendedahkan mengenai seorang individu yang culas melangsaikan hutang mencecah RM1.3 juta.

Dalam hantaran di Instagram itu, A. Aida turut memberi amaran akan tetap memburu penghutang tersebut hingga ke lubang cacing.

Perkongsiannya meraih perhatian netizen yang menyarankan produser terbabit memfailkan saman terhadap Datuk S supaya jangan berani menjadikan orang lain sebagai mangsa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sumpahan Jerunei Menang Enam Trofi di Paris Film Awards, Florence

ruffedge

Konsert Ruffedge That Moment In Time Live In Kuala Lumpur Pada 19 Ogos