in ,

Sumpahan Jerunei Menang Enam Trofi di Paris Film Awards, Florence

Filem Sumpahan Jerunei, terbitan Produksi Seni 2020 Sdn. Bhd., telah mencatat sejarah dengan kejayaannya meraih enam trofi di Florence Film Awards, Itali dan Paris Film Awards

Filem Sumpahan Jerunei, terbitan Produksi Seni 2020 Sdn. Bhd., telah mencatat sejarah dengan kejayaannya meraih enam trofi di Florence Film Awards, Itali dan Paris Film Awards. Filem ini berjaya menyatukan elemen seram, budaya, dan fiksyen dengan cemerlang. Pengarah filem, Jason Chong, dipuji atas arahannya yang brilian.

Memetik Kosmo Online, Datin Wendy Wong, penerbit bersama filem ini, berkata dia dan rakan kongsi, Datuk Nancie Foo, merasa sangat bersyukur dengan pencapaian ini. Mereka berharap pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini akan membuka pintu untuk lebih banyak peluang dan cabaran baru dalam industri filem.”

“Memang menjadi hasrat kami membawa filem Sumpahan Jerunei yang mengangkat kisah adat dan budaya unik kaum Melanau di Sarawak ke peringkat global dengan menghantar penyertaan ke tujuh festival antarabangsa.

“Syukur, alhamdulillah usaha kami membuahkan hasil apabila filem Sumpahan Jerunei mendapat lima anugerah di Florence Film Awards yang berlangsung di Tuscany, Itali dan satu lagi anugerah di Paris Film Awards,” katanya.

Mengenai anugerah itu, kata Wendy, filem Sumpahan Jerunei diumumkan memenangi lima anugerah membabitkan pelbagai kategori utama di Florence Film Awards pada Mei lalu.

“Lima anugerah diterima membabitkan kategori Filem Cereka Terbaik, Pengarah Terbaik (Jason Chong), Sinematografi Terbaik (Haris Hue Abdullah), Muzik Skor Asal Terbaik (Sharon Paul) dan Penerbit Terbaik (Wendy Wong dan Nancie Foo).

“Manakala, satu lagi anugerah menerusi kategori Filem Cereka Terbaik di Paris Film Awards pada Mac lalu,” katanya.

Tidak ketinggalan, kata Wendy, Sumpahan Jerunei turut terpilih untuk tayangan perdana sempena Julien Dubuque International Film Festival di Amerika Syarikat pada Mei lalu.

Filem Sumpahan Jerunei menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Daiyan Trisha, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.

Filem tersebut mula menemui penonton di seluruh pawagam bermula hari 27 Julai lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rita Nadira & Zamarul Hisham Dalam Drama AKU YANG KAU SAKITI 

A.Aida Kejar Datuk S Sampai Lubang Cacing Demi RM1.3Juta