in , ,

Konsert Ruffedge That Moment In Time Live In Kuala Lumpur Pada 19 Ogos

YOLO x Ruffedge Akan Bawakan Artis Jemputan Khas Bagi Memenuhi Kerinduan Peminat Di Kuala Lumpur

Setelah berjaya menawan hati peminat mereka di Singapura dalam sebuah konsert istimewa Ruffera ‘That Moment In Time’ yang menampilkan DJ Uno di dewan utama The Theatre Mediacorp pada 24 Jun 2023, YOLO Malaysia akan membawakan penampilan khas oleh artis yang tidak asing lagi iaitu LAH AHMAD serta penyanyi utama kumpulan INSOMNIAC, IQIE yang hadir bersama kumpulan vocal baru beliau DISTORTED. Mereka akan mengadakan persembahan bersama RUFFEDGE di konsert Ruffera ‘That Moment In Time’ live in Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2023. 

“Pertama sekali terima kasih kepada peminat-peminat Ruffedge di Singapura yang hadir menyaksikan persembahan istimewa mereka yang sememangnya ditunggu-tunggu selama ini. 

“Dengan memberi sedikit kelainan bagi konsert di Kuala Lumpur, kami bawakan khas persembahan daripada penyanyi R&B terkenal, Lah Ahmad sebagai penyanyi undangan khas pada malam bersejarah itu. Disamping itu, kami juga membawa bakat baru dalam industri seni ZEPPO YOUNGSTERZ yang baru sahaja menjadi juara dalam pertandingan tarian BODY ROCK USA di Amerika Syarikat baru2 ini” kata Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia.

Ruffedge That Moment In Time Live In Kuala Lumpur

Menurut Sein, “Pemilihan Lah Ahmad sebagai artis undangan khas pada malam konsert nanti adalah disebabkan kami mempunyai keserasian dalam persembahan serta kami juga bakal mengeluarkan lagu single bersama Lah yang akan dimuatkan didalam album terbaru RUFFEDGE yang bakal dipasarkan tidak lama lagi”. 

Tambah Hamka Mohd Taufik, Penerbit Kreatif YOLO Malaysia, “Dengan menerapkan konsep pemodenan ke dalam YOLO x Ruffedge Ruffera ‘That Moment In Time’, kami juga akan membawakan penampilan umum sulung kumpulan R&B baru ‘DISTORTED’ yang dianggotai oleh Eneyqay, Sinolated serta IQIE yang juga penyanyi kumpulan INSOMNIACS. Pemilihan mereka adalah disebabkan RUFFEDGE percaya mereka akan menjadi pelapis kumpulan R&B di tanah air kita ini”

Dengan mengekalkan DJ UNO sebagai artis undangan tetap bagi Ruffera ‘That Moment In Time’ Live In Concert, penonton semua akan disajikan dengan alunan muzik di zaman kegemilangan R&B & Hip Hop satu ketika dahulu

Sebagai penganjur, YOLO Asia & Malaysia akan terus menerus memberikan lebih banyak lagi konsert-konsert bertaraf dunia yang akan mewarnai persada muzik negara mahupun luar.

Menurut Ib Harun, Pengasas YOLO Asia, “Kami telah menetapkan penanda aras untuk kesemua konsert yang dianjurkan oleh YOLO, dan ini ternyata salah satu kejayaan terbesar kami yang berjaya dikecapi untuk lebih lagi persembahan yang hebat di masa-masa akan datang.

Jangan lupa untuk mendapatkan tiket anda ke konsert Ruffera ‘That Moment In Time Tour’ di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 19 Ogos 2023 ini di Mega Star Arena dengan kemunculan artis istimewa yang akan diumumkan kelak pada harga seperti berikut: RM168 (Free Standing), RM 238 (Standard Seats), RM268 (Dance Zone), RM288 (Premium Seating), RM328 (Ruff Zone) dan RM3,888 (Premium+ Seating/6 pax) di laman web yoloasia.com.

Dan nantikan pengumuman konsert-konsert besar lainnya seperti Noah ‘Southeast Asia Tour’ dan juga Hammersonic (Metal Music Festival) di Kuching, Sarawak. 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web yoloasia.com 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

A.Aida Kejar Datuk S Sampai Lubang Cacing Demi RM1.3Juta

Pencarian Pelakon Watak Superhero Ikonik Malaysia ‘KELUANG MAN’