in , ,

Amelia Henderson Tak Perlu Bayar Ganti Rugi RM200,000, A.Aida Putih Mata

Pelakon Amelia Henderson meluahkan rasa lega dan bersyukur apabila berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Pelakon Amelia Henderson meluahkan rasa lega dan bersyukur apabila berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, 

Ini bermakna, Amelia tak perlu membuat bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd dalam isu pelanggaran kontrak drama, tahun lalu.

Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson berkata, mengenai isu fitnah, hakim juga memutuskan video dimuat naik di Instagram, tahun lalu tiada unsur fitnah seperti dakwaan A Aida Production.

“Saya tidak perlu ‘delete’ (padam) video atau bayar ganti rugi.

“Berhubung isu langgar kontrak, saya juga gembira kerana pihak mahkamah sudah mengurangkan daripada RM200,000 yang dituntut pihak produksi kepada RM10,000.

“Terima kasih kepada semua pihak yang beri kepercayaan kepada saya selama ini,”

– Amelia

Sebelum ini, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 28, telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd pada 18 April lalu.

Antara alasan utama dalam rayuan itu, adalah terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Sesyen Sivil sebelum ini.

Pada 7 April lalu, Amelia diperintah membayar ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd.

Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan syarikat produksi itu selaku plaintif terhadap saman yang dikemukakan kepada Amelia selaku defendan.

Penghakiman di Mahkamah Sesyen itu mengatakan mahkamah mendapati Amelia telah diikat dengan kontrak yang ditandatangani dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

Selain itu, Penghakiman mahkamah juga mendapati Amelia sendiri bersetuju membintangi drama itu selain turut bersetuju watak yang ditawarkan iaitu “Aira” yang mana Amelia adalah heroin dalam drama tersebut.

Justeru mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi am selain faedah 5% kepada plaintif yang kesemuanya berjumlah lebih RM200,000.

Bagaimanapun pada Ogos lalu, Amelia berjaya dalam permohonannya untuk menangguhkan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi A.Aida Production. Mahkmah Sesyen Sivil itu membuat keputusan tersebut selepas membenarkan rayuan Amelia selaku pemohon.

Sementara itu, berhubung pembayaran ganti rugi lebih RM200,000, mahkamah turut membenarkan penangguhan bayaran tersebut.

Bagaimanapun mahkamah memerintahkan agar wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bersama yang akan dikendalikan oleh kedua-dua firma guaman yang mewakili syarikat produksi itu dan Amelia.

Untuk rekod sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk A.Aida atau nama sebenarnya Datuk Zaidah Awang, 53, dan tiga saksi defendan termasuk Amelia sendiri hadir untuk memberi keterangan.

Sementara Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika dia menerima tawaran dan membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

Bagaimanapun, saman melibatkan A.Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu. – KOSMO! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Naikkan RM5 Harga Langganan Apple One Kini Bermula RM34.90 Sebulan

Pesanan Terakhir Arwah Bad Indigo Sebelum Menghembus Nafas