in , ,

Program POLICE FILE Doku Penyiasatan Merungkai Kes dari Fail PDRM

Tonton ‘POLICE FILE’ di Salam HD Sebuah Program Doku Drama Jenayah & Penyiasatan Merungkai Kes dari Fail PDRM

Memaparkan kisah penyiasatan kejadian jenayah sebenar di Malaysia yang diolah dalam sebuah doku drama, ia antara kelainan yang ditampilkan oleh produksi A. Aida Production.

Penerbitnya, Datuk A. Aida berkata, program Police File ini merungkaikan kejadian jenayah sebenar yang diambil daripada fail-fail Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Idea untuk menghasilkan doku drama ini timbul memandangkan saya merupakan peminat rancangan CSI yang begitu cekap dalam menyelesaikan sesebuah kes jenayah.
“Lagipun saya melihat banyak kes-kes jenayah besar yang berjaya diselesaikan polis Malaysia. Jadi, menerusi doku drama ini saya nak memaparkan ketangkasan dan kehebatan polis kita menyelesaikan kęs jenayah,”

– Datuk A. Aida
Police File Program Doku Drama Kisah Penyiasatan Jenayah di Malaysia

Dalam pada itu, A. Aida  tidak menafikan terdapat beberapa cabaran untuk menghasilkan doku drama Police File ini.

“Antara cabaran yang kami tempuhi adalah dari segi masa. Dalam drama ini, kami akan turut membuat wawancara bersama pegawai polis sebenar yang menguruskan sesuatu kes jenayah itu.
“Adakalanya semasa kami nak buat wawancara, pegawai polis yang terlibat terpaksa ada urusan lain pda saat-saat ahir. Apapun kami sangat berterima kasih kepada semua pegawai yang membantu kami menjayakan program ini,”

– Datuk A. Aida

Program Police File akan disiarkan di saluran TV Unifi Salam HD 113 setiap hari Isnin pada pukul 8.30 malam mulai 7 Ogos 2023.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ikuti Perjalanan Menuruni Flip Town dengan Galaxy Z Flip 5 & Galaxy Z Fold 5

Kehebatan Muzik Bertaraf Antarabangsa David Foster Gegarkan Mega Star Arena