in

Winner Showdown 2010

TOP 12 SHOWDOWN 2010!

Sudahkah anda merasa bahang kehangatannya? SHOWDOWN 2010 bakal menggegarkan Malaysia!

“Krumping”, “Popping”, “Locking” , “Break Dancing” dan banyak lagi gerak tari yang menjadi elemen penting dalam SHOWDOWN 2010. SHOWDOWN 2010 merupakan program realiti ‘battle dance’ terbaru yang disiarkan setiap Rabu jam 9.30pm hanya di saluran hip 8TV.

Dijangka menjadi pertandingan tarian yang terhebat dalam sejarah program televisyen Malaysia, SHOWDOWN 2010 sememangnya mempunyai kelas yang tersendiri berbanding program realiti yang sedia ada.

Setelah menjelajah ke lima buah bandar besar untuk sesi ujibakat, SHOWDOWN 2010 kini memperkenalkan peserta TOP 12 yang berjaya mara ke peringkat seterusnya untuk beraksi di pentas SHOWDOWN 2010.

Program realiti pertandingan tarian krew yang semakin hangat ini, kini menerima respon yang luar biasa di mana lebih daripada 100 krew menghadiri ujibakat yang telah diadakan di seluruh negara. Setelah berminggu-minggu bertungkus lumus bersaing dalam ujibakat, akhirnya juri telah memilih peserta TOP 12 bagi merebut gelaran juara SHOWDOWN2010 sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM50, 000!

SHOWDOWN 2010 ialah satu-satunya rancangan pencarian tarian krew jalanan yang tergempak di Malaysia. Bermula pada bulan Januari lagi, krew SHOWDOWN 2010 telah menjelajah ke 5 buah negeri – Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur untuk mencari krew tarian yang terhebat dan mencungkil bakat-bakat terpendam warga Malaysia.

“SHOWDOWN 2010 ialah gelanggang untuk mencari krew terhebat Malaysia. Industri seni tari di Malaysia semakin berkembang dan program sebegini merupakan platform yang baik untuk penari-penari ini mengetengahkan bakat masing-masing,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV. Ambah Kim lagi, “Kini tibalah masanya untuk kita sama-sama menyaksikan adakah Malaysia mampu melahirkan penari-penari terbaik? SHOWDOWN 2010 adalah jawapannya….”

SHOWDOWN 2010 memperkenalkan TOP 12 krew yang berjaya mara ke peringkat seterusnya – Return Crew, Blacky Wacky, Backyard Revolution, Feasible Crew, Funky UX Crew, IDS Crew, Giler Battle, HMC Phlow, Soul Krazy, Famous Crew, Blazin Squad, Borneo Soul Breakers, Floor Fever dan Wakaka. Kesemua krew akan beraksi di pentas “Show Off dan “Dance Off’ pada setiap minggu dan penonton juga akan dapat menyaksikan sesi penyingkiran dilakukan sehinggalah ke peringat Finals nanti.

Persembahan LIVE (secara langsung) ini akan diadakan di lokasi rasmi SHOWDOWN 2010 iaitu di KL LIVE di mana setiap minggu juri akan memberi pandangan dan kritikan tentang persembahan masing-masing.

Setiap minggu kedudukkan empat (4) krew terbawah ditentukan oleh undian SMS penonton. Empat (4) krew ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan peluang menonjolkan skil dan bakat masing-masing dalam sesi `BATTLE’ untuk memenangi hati juri. Keputusan akhir terletak di tangan juri. Mereka yang akan menentukan krew manakah yang akan pulang setiap minggu.

Untuk mengundi krew kegemaran anda, sila taip SD KOD KREW dan hantar ke nombor 33399.

Penyampai radio Fly.FM Hafiz Hatim telah diberi tanggungjawab sebagai pengacara SHOWDOWN 2010 akan membawa penonton semua mengikuti perjalanan TOP 12 krew di samping menyalurkan info-info terkini untuk anda semua.

SHOWDOWN2010 juga menampilkan juri-juri profesional iaitu penyanyi / penerbit hip-hop terkenal Joe Flizzow dan penari / pereka tari terkenal Maple Loo.

SHOWDOWN 2010 bersiaran setiap hari Rabu pada jam 9:30malam seacara eksklusif di stesen hip 8TV. Jika ada ketinggalan menyaksikan salah satu episod, anda boleh menyaksikan siaran ulangannya pada setiap hari Selasa jam 11.45malam.

Untuk mengenali TOP 12 krew dengan lebih dekat, mendapatkan gosip-gosip hangat dan info-info terkini serta ingin mengetahui apa yang berlaku di belakang tabir, anda boleh menonton Diari SHOWDOWN 2010 yang akan disiarkan setiap Selasa, 11.30 malam bermula 11 Mei 2010 melalui slot SHOWDOWN 2010 Diaries…from the streets

Masih tidak puas melihat persembahan krew-krew SHOWDOWN 2010? Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan Top 12 krew pada 8 Mei 2010 (Sabtu) jam 2.00 petang di Jalan Bukit Bintang. Kesemua krew akan mengadakan persembahan “street dance” terbesar yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia! Pastikan anda berada di sana untuk bertemu dengan krew-krew kegemaran anda. SHOWDOWN 2010 juga akan mengadakan siri jelajah ke beberapa lokasi terpilih dan ini merupakan peluang anda untuk bertemu sendiri dengan krew-krew kegemaran anda. (Sila rujuk lampiran yang disediakan).

“Saya cukup teruja dan gembira melihat perkembangan “street dance” di Malaysia. Inilah masanya untuk semua krew menunjukkan kepada Malaysia bakat dan kebolehan yang mereka ada,” ujar Joe Flizzow.

Maple menambah: “Pada mulanya saya sendiri kurang yakin dengan bakat-bakat muda dalam seni tari di Malaysia namun persepsi saya mula berubah apabila melihat bakat-bakat luar biasa sepanjang ujibakat dijalankan. Sudah tiba masanya seni tari diiktiraf di Malaysia!”

SHOWDOWN 2010 dibawakan khas oleh 8TV. Kami juga mengalu-alukan rakan penaja kami iaitu Oxy, Echo Park selaku penaja pakaian rasmi, Snips yang menaja solekan dan dandanan rambut para peserta dan juri serta FlyFM selaku stesen radio rasmi serta rakan media majalah tarian nombor 1 – Just DANCE!

Anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikannya program realiti terhebat SHOWDOWN 2010! Semua ini dapat ditonton di 8TV yang juga bersiaran di Astro, 708. Jangan lupa, anda juga boleh menonton program-program menarik di 8TV dengan melayari mobile.8tv.com.my hanya menggunakan telefon bimbit anda.

Untuk keterangan lanjut dan sebarang pertanyaan anda boleh melayari laman sesawang rasmi 8TV www.8tv.com.my ataupun di laman sesawang eksklusif kami di www.facebook.com/8TV showdown 2010.

Showdown 2010 – Telecast TX Dates ON 8TV
EPISODE NO EPISODE TITLE ROUND / STATUS TX DATE / DAY TX TIME DURATION
1 South & North Zone Auditions Auditions
Part 1 31/3/10 (Wed) 9:30pm – 10:30pm 60 mins
2 Central Zone Audition (KL) Auditions
Part 2 7/4/10 (Wed) 9:30pm – 10:30pm 60 mins
3 South & North Zone Battles Battles Part 1 14/4/10 (Wed) 9:30pm – 10:30pm 60 mins
4 Central Zone Battles (KL) Battles Part 2
21/4/10 (Wed) 9:30pm – 10:30pm 60 mins
5 Central Zone Battles (KL) Battles Part 3
28/4/10 (Wed) 9:30pm – 10:30pm 60 mins
6 The Meltdown Training
5/5/10 (Wed) 9:30pm – 10:30pm 60 mins
7 Top 12 Show Off LIVE 12/5/10 (Wed) 9:30pm – 11.30pm 120 mins
8 Top 11 Dance Off LIVE 19/5/10 (Wed) 9:30pm – 11.00pm 90 mins
9 Top 10 Dance off LIVE 26/5/10 (Wed) 9:30pm – 11.00pm 90 mins
10 Top 9 Dance Off LIVE 2/6/10 (Wed) 9:30pm – 11.00pm 90 mins
11 Top 8 Dance Off LIVE 9/6/10 (Wed) 9:30pm – 11.00pm 90 mins
12 Top 7 Dance Off LIVE 16/6/10 (Wed) 9:30pm – 11.00pm 90 mins
13 Top 6 Dance Off LIVE 23/6/10 (Wed) 9:30pm – 11.00pm 90 mins
14 Top 5 Dance Off LIVE 30/6/10 (Wed) 9:30pm – 11.00pm 90 mins
15 Top 4 Dance Off LIVE 7/7/10 (Wed) 9:30pm – 11.00pm 90 mins
16 The Final Showdown LIVE 14/7/10 (Wed) 9:30pm – 11:30pm 120 mins

Showdown 2010 – Diaries

EPISODE TX DATE TX TIME DURATION
Top 14 11/5/10 (Tues) 11:30pm – 11:45pm 15 mins
Top 12 18/5/10 (Tues) 11:30pm – 11:45pm 15 mins
Top 11 25/5/10 (Tues) 11:30pm – 11:45pm 15 mins
Top 10 1/6/10 (Tues) 11:30pm – 11:45pm 15 mins
Top 9 8/6/10 (Tues) 11:30pm – 11:45pm 15 mins
Top 8 15/6/10 (Tues) 11:30pm – 11:45pm 15 mins
Top 7 22/6/10 (Tues) 11:30pm – 11:45pm 15 mins
Top 6 29/6/10 (Tues) 11:30pm – 11:45pm 15 mins
Top 5 6/7/10 (Tues) 11:30pm – 11:45pm 15 mins
Top 4 13/7/10 (Tues) 11:30pm – 11:45pm 15 mins

SHOWDOWN 2010 ROADSHOWS

DATE VENUE TIME
15/5
(SAT) BERJAYA TIMES SQUARE
R16 – KL LIVE 1.00pm – 3.00pm
4.00pm – 9.00pm
16/5 JOM HEBOH – PUTRAJAYA 2.00pm-4.00pm
22/5 COLOURS OF MALAYSIA – DTRN MERDEKA 3.30pm-4.30pm
29/5 YOUTH ASIA – PWTC 2.00pm-4.00pm
5/6 MONORAIL CHAOS – MONORAIL STATIONS 2.00pm-4.00pm
12/6 SUNGEI WANG 2.30pm-3.30pm
19/6 DATARAN PAHLAWAN, MELAKA 2.00pm-4.00pm
21/6 LIM KOK WING, CYBERJAYA 12.30pm-1.30pm
26/6 CITY SQUARE, JOHOR BAHRU 2.00pm-4.00pm
3/7 STREET SOCCER CHALLENGE, ONE UTAMA 2.00pm-4.00pm
10/7 SMJK YU WHA, KAJANG 10.00am-12.00pm
12/7 SMK (P) SRI AMAN 2.30pm-4.30pm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amber Chia Dilantik Duta S2 Slimming

Alibi Music Showcase Awal Ashaari, Sleeq di No Black Tie