in , ,

8TV Kini Disiarkan Secara HD di MYTV

Kegembiraan berganda buat semua penonton setia 8TV yang berbangsa Cina pada tahun ini! 8TV kini akan bersiar secara Definisi Tinggi (HD-High Definition) di myFreeview, MYTV Broadcasting Sdn Bhd mulai 12 Februari 2021.

Kini penonton dapat menikmati pelbagai program menarik 8TV, terutamanya program khas Tahun Baru Cina (CNY) dengan pengalaman yang lebih menyeronokkan!

Dato’ Khairul Anwar Salleh, MPTN’s Chief Executive Officer

Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Industri penyiaran semakin berkembang! Keutamaan kami adalah kepada penonton setia kami, terutamanya pada musim perayaan Tahun Baharu Cina ini. Kami telah menyusun pelbagai kandungan terbaik dan berusaha memberi lebih dari jangkaan mereka. Pada tahun ini, dengan situasi PKP dimana semua disarankan untuk duduk di rumah, penonton setia kami dapat menikmati program-program Tahun Baharu Cina dengan siaran yang lebih jelas, terang dan kualiti audio yang lebih baik. Para penonton dapat menyaksikan program-program terbitan tempatan seperti mini-series “Hello! My Little Fortune” & tele-filem Tahun Baharu Cina “Bonus Vacation”; program hiburan, “Family Singing Show CNY Special 2021”, “A New Journey CNY Special 2021”, “Ho Chak! CNY 2021”, “Fortune 2021”, gameshow “Durian, Kaya, Teh Tarik CNY Special 2021” dan program antarabangsa dari China, Taiwan, serta Hong Kong.”

myFreeview tidak memerlukan sebarang yuran bulanan dan penyambungan internet. Untuk mendapatkan siaran digital, anda memerlukan dekoder DVB-T2 dan antena aerial UHF. Untuk maklumat lanjut berkaitan myFreeview, layari https://www.mytvbroadcasting.my/.

8TV Logo

Saksikan program-program kesukaan anda di saluran 108 menerusi myFreeview. Untuk maklumat lanjut berkaitan program-program menarik 8TV, layari Facebook rasmi 8TV dan Instagram rasmi 8TV (@8tvchinese).

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sajian Filem Terhebat Sepanjang Musim Perayaan Tahun Baru Cina Ini

Istana Pahang Tarik Semula Gelaran Datuk bagi Farid Kamil dan Boy Iman