in ,

Sambutan Ulangtahun 8TV Kempen CNY SO HAPPY

Bersempena dengan kempen Tahun Baharu Cina edisi 2019 iaitu “CNY So Happy” yang sedang giat berlangsung, 8TV mengambil kesempatan ini untuk melakukan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sambil menyambut ulang tahunnya yang ke-15 dengan menghimpunkan barisan selebriti popular di rumah kebajikan terpilih.

Elizabeth Tan

Berlangsung di En Yuan Old Folk Homedan Yayasan Sunbeams Home semalam (8 Januari)aktiviti penuh bermakna ini dihadiri oleh selebriti-selebriti yang sering menjadi wajah kepada 8TV seperti Emily Chan, Orange Tan, Henley Hii, Haoren, Pauline Tan, Rickman Chia, Natalie Ng, Gary Yap, Chrystina Ng, Lynn Lim, Ley Teng, Jan Chin, Wind Lee, Desmond Tey, Baki Zainal, Joey Leong, Ziah Zhang, Happy Gan, dan  Wee Ping untuk menceriakan suasana serta beramah mesra dengan para penghuni.

Sesi memotong kek sambutan ulang tahun ke-15 saluran 8TV bersama barisan selebriti dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak

Sambutan Ulang Tahun 8TV Lebih Bermakna Dengan Aktiviti Amal Kempen “CNY SO HAPPY”

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penonton 8TV yang tidak pernah henti memberi sokongan kepada kami sehingga kini. Sokongan anda semua akan kami jadikan dorongan untuk sentiasa memastikan bahawa setiap kandungan yang disiarkan di 8TV adalah yang paling bagus dan berkualiti. Selain itu, kami juga berharap untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang boleh mendekatkan lagi para penonton dengan 8TV pada masa akan datang.”

– Encik Johan Ishak

“Bertepatan dengan tema Tahun Baharu Cina bagi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad kali ini iaitu CNY So Happy yang berkongsi erti keikhlasan dan memberi daripada hati, kami mahu orang ramai lebih rasa disayangi dan dihargai menjelang perayaan yang bakal tiba Februari nanti. Keikhlasan amat penting, mahal atau murah sesuatu pemberian itu, ianya bukanlah ukuran. Paling utama, kita perlu sentiasa ingat untuk mendoakan agar insan tersayang akan hidup sejahtera dan bahagia sepanjang tahun.”

– Encik Johan

Membawakan tema “memberi”, kempen CNY So Happyingin menyampaikan mesej agar orang ramai sentiasa ingat untuk memberi sesuatu dengan hati yang ikhlas.

Lawatan ke rumah orang-orang tua, En Yuan Old Folk Home

Tidak kira murah atau mahal, harga sesuatu barangan yang ingin diberi bukanlah ukuran tahap keikhlasan seseorang. Apa yang penting adalah kita harus sentiasa ingat untuk mendoakan agar insan tersayang akan hidup sejahtera dan bahagia sepanjang tahun.

Bahang Tahun Baharu Cina semakin dirasai, rancakkan lagi perbualan mengenai CNY So Happy di laman sosial media anda dengan #cnysohappy! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.xtra.com.my/cnysohappydan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter danInstagram 8TViaitu @8TVchinese.

Lawatan ke rumah orang-orang tua, En Yuan Old Folk Home (2)
Jan Chin dan Ley Teng
Hos Ho Chak!, Gary Yap menyediakan sebuah hidangan di En Yuan Old Folk Home
Chrystina Ng, Lynn Lim dan Happy Gan menolong untuk sidai kain di En Yuan Old Folk Home
Sesi lawatan ke rumah anak-anak yatim. Yayasan Sunbeams Home
Rickman Chia
Pauline Tan bersama penghuni Yayasan Sunbeams Home
Emily Chan bersama kanak-kanak di Yayasan Sunbeams Home

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Jihan Muse

“Doakan Saya Masih Diterima Kerja Dalam Bidang Ini Sebab…” – Jihan Muse

Ara Johari

Netizen Pertikai BUNGA Menang di AJL, Ini Luahan Ara Johari