in

Alibi Music Showcase Awal Ashaari, Sleeq di No Black Tie

Alibi Music Showcase – No Black Tie

Setelah berjaya menghimpunkan 7 penyanyi wanita diatas pentas No Black Tie tempoh hari kini Alibi Music Showcase diteruskan lagi dengan persembahan daripada artis-artis lelaki Alibi Music. Showcase ini akan diadakan di No Black Tie pada 24 Mei 2010 bermula jam 9.30 malam.

Artis yang terlibat ialah: Nabil, Awal Ashaari, Lah Ahmad, Imran Ajmain, Adeep The Fabulous Cats,dan Sleeq.

Sebanyak sebanyak 19 lagu akan diperdengarkan kepada pengunjung-pengunjung kelab berkenaan, persembahan akan dimulakan dengan Awal Ashaari yang akan menyampaikan 3 buah lagu berjudul LOVE, Biar Bulan Bicara dan single terbarunya Memori ; Sleeq duo berkumpulan dari Singapura turut memperdendangkan 3 buah lagu, 2 buah single mereka Cun Saja dan Untuk Dia dan sebuah lagu yang dipopularkan oleh Craig David Seven Days.

Manakala Nabil akan menyampaikan medley 2 singlenya Halimunan dan Dari Jauh serta If You Leave yang dipopularkan oleh Musiq Soulchild dan A Song For You by Donny Hathaway, Adeep dari kumpulan The Fabulous Cats medendangkan lagu Jerat, You My Everthing dan Whenever, Whereever, Whatever, Imran Ajmain ; Yang Ku Perlu, Jika Engkau Pergi, Dancing With My Father , Lah Ahmad; Ikhlas Tapi Jauh, We Are in love dan Adinda. Mereka juga akan menyanyikan lagu beramai-ramai pada penghujung persembahan lagu daripada Milestone berjudul I Care About You.

Untuk tempahan sila hubungi No Black Tie di talian 0321423737, tiket berharga RM35.00 sahaja

Persembahan pada malam itu diiringi oleh The Red Quartet Band – diketuai Chow Ken Chung daripada ICOM (International College of Music). untuk keterangan lanjut bole layari www.metamobile.com.my dan www.noblacktie.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Winner Showdown 2010

Peraduan Menangi Goodie Bag Biography Channel – Sensasi Selebriti