in , ,

LoveLove CuteCute SEDIHSEDIH HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG! WinWin

Fakta Tentang Drama THE PROMISE di 8TV

Adakah mesin pengembaraan masa dapat menjanjikan cinta untuk kekal selamanya ? Saksikan Drama The Promise. Setiap hari Isnin – Khamis, pukul 9.30 malam di 8TV.

Pernahkah terlintas di fikiran manusia untuk kembali pada masa lampau dan mengubah sesuatu perkara yang kita inginkan? Mesti banyak perkara yang kita akan lakukan jika mendapat peluang mengembara ke masa yang lalu untuk mengelakkan sesuatu yang buruk akan terjadi pada zaman kini.Semua ini dapat dilihat dalam drama 8TV yang baru,“The Promise”.

The Promise Poster

Saksikan pengembaraan Emily Chandalam “The Promise”, sebuah drama fiksyen 26 episod terbitan Mad Pictures Sdn Bhddengan menggabungkan era moden dan zaman dahulu yang melibatkan pengembaraan masa. Drama arahan Jason Kokini menampilkan selebriti popular tanah air yang lain seperti Jordan Sen, Mayjune Tan, Coby Chong dan Yuan Teng.

 “The Promise” mengisahkan tentang Shao Ting (Emily Chan) yang terkena renjatan eletrik semasa melawat rumah lama datuknya yang terbiar dan bertemu dengan datuk saudaranya, Wen An (Jordan Sen).Wen An telah mengikut Shao ting ke zaman kini dan terpaksa menyesuaikan diri dengan perbezaan teknologi dan sosiologi zaman moden serba canggih sekarang.

Namun,suatu hari Wen An mendapati bahawa dirinya akan mati lemas menurut sejarah yang diceritakan oleh datuk Shao Ting. Justeru, Shao Ting membawa Wen An ke rumah datuknya semula untuk menyiasat cerita yang lebih sebenar tentang kematian Wen An. Malangnya, mereka “dibawa balik” ke tahun 1940 tanpa sengaja setelah terkena renjatan elektrik sekali lagi.

The Promise (8)

Semasa di tahun 1940-an, Shao Ting mengetahui bahawa keluarga nenek moyangnya mempunyai perniagaan tekstil. Walaupun kehidupan mereka sangat mewah,pemikiran mereka amat kolot. Mereka merasakan Shao Ting akan memberi kesusahan kepada mereka sekeluarga. Shao Ting juga menjadi punca kegagalan perkahwinan diantara Wen An dan Xin Lan (Mayjune Tan). Tidak lama kemudian, Perang Dunia Kedua tercetus,menambahkan lagi konflik dalam kehidupan Shao Ting.

The Promise (9)

Dapatkah Shao Ting kembali ke zaman moden semula dengan selamat ? Dan apakah kesudahannya dengan Wen An yang sudah jatuh hati dengan Shao Ting ? Jangan lupa saksikan “The Promise”pada setiap Isninhingga Khamis, pukul 9.30 malambermula 13 Meiini, hanya di Primori8, 8TV.  Episod pertama akan bersiaran langsung di YouTube 8TV serentak dengan siaran TV. Seterusnya, penonton boleh mengikuti drama rantaian ini di YouTube 8TV selepas siaran di televisyen pada hari yang sama bermula 11.45 malam !

Ikuti laman sosial Facebook, YouTube, Instagram 8TV, dan juga Facebook & Instagram Primori8 untuk mendapatkan info terkini tentang program-program menarik sajian 8TV!

The Promise (1)

What do you think?

75 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Berita TV9 Tampil Wajah Baharu, Nafas Baharu

Dedikasi Hazama Dalam Video Muzik Rasmi PENEMAN