in

Siapa Juara Ultimate Power Star 8TV

SIAPA BAKAL BERGELAR JUARA?

Tekanan mula dirasai! Rakyat Malaysia telah sepakat memilih peserta Top 3 kesayangan mereka yang bakal ke final. Selepas menjalani sesi ujibakat, membuat persembahan SIARAN LANGSUNG dan penyingkiran beberapa bulan lepas, akhirnya misi untuk mencari Ultimate Power Star kini hampir selesai.

Penat lelah serta pengorbanan kedua-dua peserta ternyata membuahkan hasil. Peserta Top 3 Ultimate Power Star ialah Kopi Lim, Vivian Chua dan Amy Boon. Pusingan akhir Ultimate Power Star akan menyaksikan kedua-dua peserta ini mempamerkan tiga persembahan hebat untuk berebut tempat sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai RM 50,000 berserta kontrak syarikat rakaman!

_DSC2550

Ultimate Power Star akan disiarkan secara LANGSUNG dari Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 11 Jun 2011 (Sabtu) jam 8.30 malam secara eksklusif di saluran 8TV!

“Kami akhirnya menemui tiga peserta akhir Ultimate Power Star. Tahniah diucapkan kepada peserta Top 3 yang bersungguh-sungguh mempamerkan persembahan mantap setiap minggu!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7.

Airin menambah “Debaran kian terasa. Salah seorang di antara mereka bakal bergelar juara Ultimate Power Star yang pertama sekaligus membawa pulang hadia-hadiah lumayan

Kepada semua peminat Ultimate Power Star di luar sana, ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk bertemu dan beramah mesra bersama setiap peserta Top 3 kesayangan anda. Peserta Top 3 ini akan menjayakan siri jelajah di lokasi-lokasi terpilih dan anda juga berkesempatan untuk mendapatkan tiket peringkat akhir Ultimate Power Star. Untuk maklumat lebih lanjut tentang siri jelajah Ultimate Power Star sila lihat jadual di bawah ini:

31 Mei, Selasa 9.00 – 9.30 malam Night Market @ Sri Petaling, K.L
1 Jun, Rabu 9.00 – 9.30 malam Night Market @ Taman Connought, Cheras
2 Jun, Khamis 7.00 – 8.00 malam Mahkota Parade, Melaka
3 Jun, Jumaat 8.00 – 9.00 malam Kepong Brem Mall
4 Jun, Sabtu 12.00 – 1.30 tgh Klang Parade
4 Jun, Sabtu 4.00 petang Street Parade @ Jalan Bukit Bintang

Selain itu, anda berpeluang untuk mendapatkan tiket-tiket secara PERCUMA Ultimate Power Star di bilik pengawal Sri Pentas, Bandar Utama atau menerusi One FM. Tiket juga boleh didapati menerusi majalah-majalah hiburan atau menerusi facebook www.facebook.com/UltimatePowerStar.

Untuk mengundi peserta kegemaran menerusi SMS,taip UPS atau undi secara pukal UPS5 atau UPS10 < kod> dan hantar ke 33399. Pemenang akan ditentukan oleh juri professional yang mewakili 80% manakala 20% menerusi undian SMS.

Pengacara terkenal Gary Yap yang merupakan hos rancangan ini akan menjadi pengantara antara peserta dengan penonton. Ultimate Power Star juga mengetengahkan para hakim yang berkaliber yang terdiri daripada penyanyi terkemuka yang juga ahli kumpulan popular Taiwan 5566 Zax Wang Ren Fu. Turut bersama-sama dengan Zax, penyanyi / komposer tempatan Christopher Lay serta guru vokal bertauliah Chew Paul Wah.

Ultimate Power Star dicetuskan oleh XPAX dengan kerjasama Tune Hotel selaku hotel rasmi dan juga One FM selaku radio rasmi.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan info-info terkini dan segala drama yang berlaku dalam Ultimate Power Star menerusi radio rasmi One FM atau dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my/ups atau www.facebook.com/UltimatePowerStar.

Saksikan kemeriahan malam final Ultimate Power Star yang akan dibawakan kepada anda secara LANGSUNG dari Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 11 Jun 2011 (Sabtu) jam 8.30 malam eksklusif di 8TV. Anda juga boleh menonton siara 8TV menerusi saluran 708 Astro. Untuk menonton program-program kegemaran anda, layari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my .

_DSC2557

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

8TV on the Street Paling Havoc

CLEAR Lancar Syampoo Anti Kelumumur Terbaru