in ,

8TV on the Street Paling Havoc

Lebih 8,000 pengunjung banjiri 8TV ON THE STREET!!

Kemeriahan cukup dirasai apabila pusat membeli-belah AEON Bukit Tinggi dibanjiri ribuan pengunjung setia 8TV untuk menyaksikan karnival ‘8TV on the Street’.

‘8TV on the Street’ merupakan sebuah karnival anjuran 8TV yang diadakan untuk memberi peluang kepada penonton-penonton beramah-mesra dengan personaliti-personaliti 8TV. Karnival ini juga merupakan satu tanda penghargaan 8TV untuk penonton-penonton yang tidak henti menyokong siaran 8TV selain sebagai langkah mempromosikan stesen, produk dan jenama 8TV.

8TV on the Street telah diadakan pada 28 Mei 2011 yang lepas bermula dari jam 4.30 petang hingga 10.00 malam. Karnival ini turut menampilkan personaliti-personaliti 8TV antaranya finalis Ultimate Power Star, peserta-peserta Showdown 2011 dan ramai lagi!

OnTheStreet @Klang-08

Selain itu, terdapat juga bazar-bazar yang menjual pelbagai barangan kepada pengunjung tidak ketinggalan aktiviti-aktiviti sihat yang menghiburkan! Tarikan utama semestinya gerai-gerai yang dibuka antaranya gerai Ho Chak, Mandarin News, 8Style, The Ring Mission, Hot Chef, 8E-news, Step Forward dan Ultimate Power Star yang menjalankan pelbagai aktiviti di gerai masing-masing!

‘8TV on the Street’ buat julung-julung kalinya mengadakan perarakan sepanjang tempat letak kereta AEON Bukit Tinggi menampilkan selebriti-selebriti 8TV bagi memberi kelainan kepada karnival ini.

“‘8TV On the Street’ merima sambutan yang cukup baik dari khalayak, Saya cukup teruja dengan sambutan yang diberikan dan ini merupakan peluang untuk kami berterima kasih kepada penonton setia kami yang tidak henti-henti memberikan sokongan!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Airin menambah “Karnival ini merupakan satu kejayaan untuk 8TV dan kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan ‘8TV On the Street’ ini.”

Lebih lapan ribu pengunjung turut serta dalam karnival ‘8TV On the Street’ dan masing-masing kelihatan teruja untuk bertemu dengan selebriti kesayangan mereka. Sebagai penutup acara, satu mini konsert diadakan menampilkan Finalis Ultimate Power Star, persembahan akrobatik dan persembahan tarian kanak-kanak dan ramai lagi. Jika anda cukup bertuah, anda juga boleh memenangi hadiah-hadiah menarik dalam cabutan bertuah yang diadakan.

Bagi yang tidak dapat bersama-sama dalam carnival ini minggu lepas, anda masih boleh menyertai ‘8TV On the Street’ di lokasi-lokasi berikut:

1 Pahang 18 Jun 2011 Dataran Raub, Pahang Tropical Fruit Fest
2 Perak 9 Julai 2011 Dataran Kampar, Ipoh Recycle
3 Penang 29 Oktober 2011 Auto City, Penang Halloween
4 Johor 24 Disember 2011 Batu Pahat Mall, Batu Pahat X-mas

Anda juga boleh menonton program-program kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau m.tonton.com.my menerusi telefon bimbit anda. Selamat menonton!

OnTheStreet @Klang-13

OnTheStreet @Klang-07

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

TV2 Siar Filem Animasi Hollywood Sepanjang Jun

Siapa Juara Ultimate Power Star 8TV