in

Showdown Street Fest 2010 8TV

Kejayaan program realiti pertandingan tarian Showdown 2010 yang membawa anda ke jalanan beberapa bulan lalu telah membuatkan rakyat Malaysia terhibur dengan bakat semula jadi para penari muda, apabila mereka mempersembahkan kebolehan masing-masing di peringkat ‘battle’ yang penuh kontroversi.

Daripada beratus krew tarian yang telah melalui peringkat ujibakat, ke peringkat battle, fasa MELTDOWN, dan persembahan secara langsung, akhirnya kita berjaya menemui Krew Tarian Terhebat Malaysia – Krew Wakaka!

Semenjak itu, Showdown 2010 telah mempunyai ramai pengikut, melonjakkan rancangan tersebut ke peringkat tertinggi dan memecahkan rekod tontonan yang membawakan kejayaan mutlak bagi musim pertama!

Untuk terus menghidupkan semangat, pencetus program realiti luar biasa ini dengan bangganya membawakan kepada anda Showdown Street Fest – sebuah festival jalanan yang memberikan peluang buat peminat untuk mengambil bahagian dalam sesuatu yang HEBAT!

Festival satu hari ini akan memberikan peminat hip hop peluang melibatkan diri dan mengenali lebih dekat budaya Hip Hop! Selain daripada ceramah tentang karier tarian, bazar, persembahan artis hip hop, aktiviti hip hop seperti Tarian Jalanan, Seni Grafiti, DJ-ing dan MC-ing, anda turut dapat menyaksikan Krew Top 11 Showdown 2010 dan juara musim pertama, Krew Wakaka beraksi!

Bersedia sekali lagi untuk menyaksikan pelbagai gerakan tarian seperti top rocks, freezes, power moves dan hand glides yang anda pernah lihat dalam rancangan Showdown 2010, kali ini di depan mata anda sendiri!

“Setelah beberapa minggu berlalu sejak Grand Finale Showdown 2010, kehangatannya masih terasa! Rancangan ini telah mendapat sambutan memberangsangkan dan masih menerima sokongan.

Terima kasih kepada para peminat-peminat diluar sana. Ini adalah sebabnya kami memberikan ganjaran buat anda!” ujar Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim. Tambah beliau, “Showdown 2010 Street Fest merupakan karnival terbesar untuk peminat hip hop, memberikan anda peluang untuk turut serta dalam budaya jalanan terhebat.

Untuk membuatkannya lebih menarik, kami juga memberikan anda peluang bertemu dengan krew-krew Showdown. Selain daripada kesinambungan kemeriahan Showdown 2010, festival ini turut mengetengahkan budaya tarian jalanan dan bakat-bakat muda di dalam masyarakat kita – dengan cara pendekatan paling positif, serta memberikan platform terbaik untuk menunjukkan bakat mereka.”

Saksikan guru tarian, Prosenjit Kundu dari USA, dan Bboy Mahmud dari Singapura, Dennis Yin, koreografer tempatan dan pemenang tempat kedua So You Think You Can Dance musim pertama, pakar pengacaraan, MC Vandal, pakar pemutar lagu DJ Fuzz, dan artis-artis grafiti berbakat Phobia Klik, yang turut akan memperturunkan ilmu-ilmu kepada anda di bengkel yang disediakan.

Ikuti mereka yang telah berjaya menempa nama dalam industri ini, seperti Norman KRU, Joe Flizzow, dan Alam dari kumpulan Wakaka, apabila mereka memberikan anda tips di ceramah karier bertajuk ‘Hip Hop 4 Life’. Tambahan lagi, anda juga dapat saksikan persembahan barisan para bintang popular seperti duta hip hop Joe Flizzow, Altimet, Sasi the Don, Mizz Nina, Jin Hackman dan One Nation Emcees.

Anda boleh dapatkan semua ini dan banyak lagi di acara paling hebat – The Showdown Street Fest! Bertempat di Ruang Letak Kereta Terbuka Sunway Pyramid, pada 10 Oktober 2010, dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Masuk adalah Percuma!

Anda juga boleh menyaksikan Showdown Street Fest LIVE di www.8tv.com.my/showdown dari jam 6.00 hingga 9.00 malam atau menerusi ‘Catch Up’ di www.tonton.com.my. Jangan lepaskan peluang untuk menonton ‘team’ Quickie yang akan mengadakan lintas langsung secara eksklusif di 8TV. 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro. Anda juga boleh menonton program-program menarik di 8TV dengan melayari mobile.8tv.com.my hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda atau layari laman sesawang rasmi 8TV di www.8tv.com.my.

Agenda

SHOWDOWN STREET FEST – ITENARY

TIME ITEM AREA
11.00am – 12.00pm Registration for b-boy battle/cypher Main stage
11.00am – 12.30pm DJ Showcase & Workshop Booth A
11.00am – 12.30pm Graffiti Art Showcase & Workshop Booth B
12.00pm – 3.00pm B-boy Battle Main stage
12.30pm – 1.00pm DJ Battle Booth A
12.30pm – 2.30pm Graffiti Art Battle Outside
1.30pm – 3.30pm Career Talk : Hip Hop 4 Life by Norman KRU, Joe Flizzow, Alam (Wakaka Crew) & Producers of Showdown Booth A
2.00pm – 3.30pm Street Dance: House Showcase & W/shop Booth B
3.30pm – 5.00pm Street Dance : Bboy Showcase & W/shop Booth B
4.00pm – 6.00pm MC Showcase, W/shop & Battle Booth A
5.00pm – 6.30pm Street Dance : Nu Skool Showcase & W/shop Booth B
5.00pm – 6.00pm Final Bboy battle + Prize giving ceremony Main stage
6.00pm – 7.00pm Artistes performances by Joe Flizzow, Mizz Nina, Altimet, Sasi the Don, Jin Hackman & One Nation Emcees Main stage
8.00pm – 9.00pm Showdown 2010 concert feat The Top 11 crews Main stage
9.00pm – 10.00pm Dance floor opens / street party with DJ on stage Main stage

* Slot di atas tertakluk pada pindaan

TIME MAIN STAGE
11.00am – 12.00pm Registration for b-boy battle/cypher
12.00pm – 3.00pm B-boy Battle
5.00pm – 6.00pm Final Bboy battle + Prize giving ceremony
6.00pm – 7.00pm Artistes performances by Joe Flizzow, Mizz Nina, Altimet, Sasi the Don, Jin Hackman & One Nation Emcees
8.00pm – 9.00pm Showdown 2010 concert feat The Top 11 crews
9.00pm – 10.00pm Dance floor opens / street party with DJ on stage
TIME BOOTH A
11.00am – 12.30pm DJ Showcase & Workshop by DJ Krates from Mixology DJ Academy
12.30pm – 1.00pm DJ Battle
1.30pm – 3.30pm Career Talk : Hip Hop 4 Life by Norman KRU, Joe Flizzow, Alam (Wakaka Crew) & Producers of Showdown
4.00pm – 6.00pm MC Showcase, Workshop & Battle by MC Vandal
TIME BOOTH B
11.00am – 12.30pm Graffiti Art Showcase & Workshop by Phobia Klik
2.00pm – 3.30pm Street Dance: House Showcase & W/shop by Prosenjit Kundu (USA)
3.30pm – 5.00pm Street Dance : Bboy Showcase & W/shop by Bboy Mahmud (S’pore)
5.00pm – 6.30pm Street Dance : Nu Skool Showcase & W/shop by Dennis Yin (M’sia)

* Slot di atas tertakluk pada pindaan

Invite.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akim dan Juliana Evans Bercinta?

Fizow, Nisha Dirr, Maria Farida dalam Dilema Wanita