in

Sekitar Suria FM Rancak Tour di Plaza Metro Kajang

Suria FM Rancak Tour yang telah berlangsung pada 19 dan 20 Disember 2009 lalu bertempat di Plaza Metro Kajang dan Plaza Alam Sentral telah berjaya! Ini kerana Rod Tour yang bertemakan “back to school” itu telah berjaya menarik orang ramai untuk hadir dalam memeriahkan tour tersebut.

Sokongan padu daripada orang ramai terutamanya pendengar setia Suria FM di sekitar Lembah Klang menjadikan tour ni berjalan dengan jayanya. Semua penyampai Suria FM turun padang dan berpakaian uniform sekolah selaras dengan temanya dan tidak dilupakan juga artis-artis jemputan yang hadir untuk turut sama menghiburkan orang ramai.

Antara artis-artis yang bersama Suria FM Rancak Tour tersebut ialah Mawi, Dayang Nurfaizah, Diana Danielle, Farawahida, Sofaz, Ameng Spring dan juga Marsha. Mereka mendendangkan 2 buah lagu yang dinyanyikan secara ‘live’ sebagai tanda penghargaan buat peminat mereka.

Dayang Nurfaizah dan Marsha masing-masing secara ekslusif mendendangkan lagu baru mereka secara ‘live’.  Sofaz merupakan satu-satunya artis berkumpulan yang ada pada hari tersebut dan mereka mendendangkan lagu popularnya secara akustik.

Farawahida dan Ameng Spring yang lengkap dengan costume sebagai guru berjaya mencuit hati orang ramai yang hadir. Gandingan Mawi dan Diana Danielle dengan lagu mereka “Penyembuh Rindu” menutup tirai tour pada hari tersebut.

Sambutannya meriah terutama daripada orang ramai yang “sporting” hadir pada hari tersebut mengikut tema dengan memakai uniform sekolah sebagai tanda sokongan mereka.

Mereka yang hadir tidak pulang dengan tangan kosong kerana disamping berhibur mereka juga memenangi hadiah-hadiah ekslusif dari Suria FM sendiri. Pelbagai permainan yang dijalankan semasa acara itu berlangsung untuk mendekatkan Suria FM dengan pendengar setianya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekali Sekala Band Indie Popular Bercuti

Ucapan Adam Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com