in ,

Suria FM Mendunia! Diiktiraf Dapat Ranking ke-30 Penstriman Digital Triton

Suria FM dapat pengiktirafan global, ranking ke-30 Penstriman Digital Triton

Stesen radio, Suria FM buat pertama kalinya menduduki ranking ke-30 dalam senarai Penarafan Bulanan Metrik Penstriman Digital Triton Secara Global oleh Triton Digital.

Pengurus Besar Suria FM, Roslina Abdul Majid atau DJ Lin berkata, pengiktirafan ini bukan sekadar pencapaian, tetapi juga menjadi motivasi untuk stesen itu terus berkembang.

“Kedudukan di ranking ini bukan hanya satu pengiktirafan, tetapi juga satu pencapaian yang memotivasikan kami untuk terus berkembang dan terus menyampaikan kandungan berkualiti kepada pendengar.

“Ini juga menjadi pencapaian untuk terus menjadi stesen buat pendengar khususnya mereka yang mendengarkan siaran Suria FM di suria.my, juga di platform digital yang lain,”

– DJ Lin
Suria FM Mendunia! Diiktiraf Dapat Ranking ke-30 Penstriman Digital Triton

Suria FM berjaya mencatat 10,771 ‘average active sessions’ (AAS), 2.6 juta ‘session starts’ (SS), dan 1.18 ‘average time spent listening’ (ATSL) pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 pagi hingga 8 malam.

Manakala setiap Isnin hingga Ahad dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam pula, berjaya meraih sebanyak 7,963 AAS, 4.4 juta SS, dan 1.01 ATSL.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ABBY ABADI

Abby Abadi Tak Pernah Mahu Bela Atau Menangkan Anaknya Marissa

Fynn Jamal Harap Mizz Nina & Noh Salleh Dapat Buang Ego Demi Musa