in

Sekali Sekala Band Indie Popular Bercuti

5 LOKASI PERCUTIAN MENARIK BERSAMA 5 ARTIS INDIE POPULAR SEPANJANG JANUARI 2010 DI TV1

Program berbentuk travelogue Xpresi Kembara terbitan Unit Majalah Dan Dokumentari (HEA RTM) kini bukanlah asing lagi bagi penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) terutama di kalangan remaja yang menjadi pengikut setia artis-artis indie tanah air.

Apatahlagi Xpresi Kembara yang menggabungkan elemen muzik band band indie ini dengan tempat tempat menarik di seluruh negara ini turut menyumbang kepada memajukan sektor pelancongan dalam negara di samping memberi ruang kepada peminat peminat muzik indie mengenali artis kegemaran mereka dengan lebih dekat lagi. Malah  memasukkan elemen penglibatan artis dengan persekitaran yang dilihat menyokong kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diuar-uarkan pihak kerajaan.
 
Lalu sebagai penghargaan, RTM sepanjang Januari 2010 ini membariskan lima artis indie terkenal iaitu 6ixth Sense (2 Januari) di Genting Highland, Yuna (9 Januari) di Ipoh Perak, Bunkface (16 Januari) di A’Famosa Resort Melaka, Awanband (23 Januari) di Pulau Pinang dan Couple (30 Januari) di Cameron Highland.

3669590177 951730Fd74 | 4

Yuna

Malah menariknya program Xpresi Kembara yang sebelum ini disiarkan setiap Sabtu jam 10.31 pagi kini menemui penonton jam 12.31 tengah hari namun mengekalkannya siarannya setiap Sabtu di TV1 dilihat usaha terbaik bagi memberikan peluang kepada lebih ramai penonton meluangkan masa berkongsi pengalaman dilalui artis kegemaran mereka ini. 

Bermula dengan lima anak muda 6ixth Sense berkongsi percutian menarik mereka di Taman Tema Genting Highland cuba melakukan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor. Malah mereka sempat bermain salji di Snow World selain mencabar keberanian diri untuk menaiki pelbagai jenis roller coaster yang menggerunkan. Sebagai kenang-kenangan band dianggotai oleh Adi Priyo, Wan, Gjie, Athan dan Ayoy ini sempat meluangkan masa bersama peminat yang bercuti di sana menyanyikan lagu Cinta Sempurna secara basking.  

Penyanyi kecil molek Yuna pula mengunjungi destinasi menarik yang terdapat di Ipoh, Perak antaranya Gerbang Malam, Lost World of Tambun dan Pasar Pagi Memory Lane. Malah Yuna sempat singgah ke kedai pakaian Garage Flower milik ahli kumpulan indie, Bittersweet yang terletak di Green Town Mall yang menjual pelbagai barangan indie seperti t-shirt dan juga CD artis indie tempatan. Dalam episod ini juga Yuna sempat singgah melawat datuk dan neneknya yang terletak di Batu Gajah.

Episod bersama Bunkface bercuti di A’ Famosa Resort Melaka meluangkan masa di World Safari A’ Famosa melihat binatang buas termasuklah buaya dan anak harimau dengan lebih dekat. Istimewanya peminat Shamsul Annuar Mohd Baharom (Sam), Ahmad Farhan Hasyim (Paan) dan Mohd Farouk Jaafar (Youk) berpeluang menyaksikan mereka menguji keberanian masing-masing menaiki permainan mandi yang ekstrem.  

Menyusul kemudiannya Awanband yang tidak kurang menariknya berkongsi pengalaman mereka bercuti di Pulau Pinang. Sepanjang setengah jam bersiaran, band ini menikmati percutian menarik bermain sukan lasak di Pantai Batu Feringgi dan bersiar-siar di bandar mutiara penuh bersejarah ini.

Untuk mengenali dengan lebih Couple usah ketinggalan menyaksikan gelagat mereka empat sahabat memperkenalkan lokasi-lokasi menarik di Cameron Highland termasuklah berkunjung ke kawasan Kaktus Valley melihat kepelbagaian kaktus yang unik.

Kesempatan ada juga digunakan Aidil (vokal), Masrin (bass), Shahrin (dram) dan Arianna (gitar) singgah ke Ladang Teh Bharat, kebun bunga dan sayur di Taman Agro MARDI sebelum kemuncaknya mereka berpeluang memetik sendiri buah strawberry sebelum menunjukkan kemahiran masing-masing membuat demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai Strawberry Coklat Couple.  

Jangan lupa janji temu anda menyaksikan 5 artis indie ini beraksi sepanjang Januari 2010 ini setiap Sabtu, jam 12.31 tengah hari di TV1.

Untuk maklumat lanjut, foto dan info-info terkini tentang program Xpresi Kembara, sila layari facebook.com dan carian xpresi kembara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama CANTIK Lakonan Julia Ziegler di TV1

Sekitar Suria FM Rancak Tour di Plaza Metro Kajang