in , ,

Ybae Suria Masuk Kampung Meriahkan Iftar di Kuala Lumpur Sabtu Ini

Program ‘Ybae Suria Masuk Kampung’ bagi lokasi kedua bertempat di Masjid Sungai Abong, Muar Johor pada Sabtu (23 Mac) lalu berlangsug dengan cukup meriah dengan kehadiran penduduk dan peminat setia Suria FM dari selatan tanah air.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), berkata beliau berasa sangat teruja dan menzahirkan rasa syukur di atas sambutan luar biasa yang diberikan oleh warga Muar khususnya di Sungai Abong dan lebih istimewa lagi turut menyaksikan kehadiran pendengar Suria FM yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur bagi menyemarakkan lagi program Ybae Suria Masuk kampung edisi Muar, Johor. 

Ybae Suria Masuk Kampung Meriahkan Iftar di Kuala Lumpur Sabtu Ini

“Majlis yang turut dihadiri oleh YB Tuan Ir. Ts. Haji Nazri Bin Abdul Rahman, ADUN Simpang Jeram itu bukan sahaja memberi peluang kepada para pengunjung untuk beramah-mesra bersama barisan penyampai, tetapi juga menyajikan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi merewang bersama penduduk, pembahagian 600 bekas bubur lambuk kepada jemaah masjid, berbuka puasa, dan solat berjemaah.

Ybae Suria Masuk Kampung Meriahkan Iftar di Kuala Lumpur Sabtu Ini

“Bagi meneruskan lagi kempen #SuriaKongsiRezeki, majlis turut disempurnakan dengan sumbangan wang tunai sebanyak RM 11,500 kepada pihak Masjid Sungai Abong, termasuk pemberian duit raya kepada jemaah yang hadir. Selain itu, barisan penyampai Suria FM, Dato Fizz Fairuz, Kai Hassan, Suraya, Cik Piah, Chiwan, Rara dan DJ Lin bersama pihak masjid turut berpeluang menyantuni beberapa keluarga asnaf di kawasan Sungai Abong untuk memberikan sedikit sumbangan iklas kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya. 

Ybae Suria Masuk Kampung Meriahkan Iftar di Kuala Lumpur Sabtu Ini

Jangan lupa temui Ybae Suria di lokasi akhir bertempat di Jalan Raja, Dataran Merdeka Kuala Lumpur bersempena Iftar @ KL pada Sabtu (30 Mac) ini. Pelbagai aktiviti menarik seperti pengagihan bubur lambuk, solat berjemaah, Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadan daripada Ustaz Don Daniyal, Bicara Ramadan, sukarelawan skuad budaya, kaunter zakat fitrah, jualan makanan Food Truck dan banyak lagi menanti anda di sana!

Ybae Suria Masuk Kampung Meriahkan Iftar di Kuala Lumpur Sabtu Ini

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia

Ybae Suria Masuk Kampung Meriahkan Iftar di Kuala Lumpur Sabtu Ini
Ybae Suria Masuk Kampung Meriahkan Iftar di Kuala Lumpur Sabtu Ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Skim TVET Train2Place Bakal Ubah Landskap Pendidikan Vokasional di Malaysia

Peraduan Hoora Hooray Raya EB Frozen Food, Menangi Hadiah Lumayan