Pencarian Bakat Baru Dalam Juara Asyik 2009
Kejayaan penganjuran Juara Asyik 2007 oleh RTM untuk mencari bakat-bakat baharu penyanyi dan pemuzik Orang Asli mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dalam kalangan belia Orang Asli. Lebih meyakinkan apabila belia-belia Orang Asli di seluruh Semenanjung menyokong penganjuran pertandingan ini dan berharap untuk menyertainya pada masa akan datang. Sebagai satu-satunya saluran mencungkil bakat nyanyian dan penciptaan lagu-lagu Orang Asli, ASYIKfm sekali lagi mengajurkan pertandingan Juara Asyik 2009 dan berharap program ini akan di adakan sebagai acara dwitahunan RTM.
Dengan penganjuran untuk kali yang kedua, Juara Asyik 2009 memberi sedikit kelainan apabila pertandingan ini terbuka untuk penyanyi solo dan bukannya berkumpulan seperti tahun 2007 selain terus mempopularkan ASYIKfm kepada khalayak pendengar yang berperanan memartabatkan lagu-lagu moden ciptaan Orang Asli sendiri sebagai khazanah bangsa dan mempunyai ‘sound of station’ serta keunukannya yang tersendiri.
Konsep pertandingan ini memberi tumpuan kepada pencarian bakat penyanyi solo dan penciptaan lagu-lagu oleh kugiran amatur (komposer) masyarakat Orang Asli. Lagu-lagu yang dibenarkan adalah yang berirama Pop Komersial, Balada, Rock, R&B, Dangdut dan Pop Etnik. Manakala pemarkahan adalah mengambil kira vokal, persembahan dan penampilan.
Ujibakat pertandingan terbuka kepada peserta kaum Orang Asli yang berumur antara 15 hingga 30 tahun pada tarikh hari uji bakat. ASYIKfm akan mengadakan beberapa uji bakat untuk memilih lapan peserta yang akan dipertandingkan ke peringkat akhir. Sebanyak 10 lokasi dicadangkan untuk mencari bakat-bakat penyanyi solo di penempatan mereka. Setiap peserta yang ingin menyertai Uji Bakat JA 2009 dikehendaki menghantar SMS. Caranya dengan menaip RAJ [Jarak] nama, lokasi uji bakat diadakan dan nombor telefon. Hantar ke 32776.
Lokasi pertama ujibakat akan di adakan pada 2 dan 3 Mei 2009 hari Sabtu dan Ahad di Negeri Sembilan, Melaka dan Kompleks Rakan Muda Bera, Pahang. Seterusnya pada 9 Mei dan 19 Mei 2009 di Dewan Serba Guna Gerik, Perak. 16 dan 17 Mei 2009 di Kuala Rompin, Pahang. Pada 23 dan 24 Mei 2009 di Dewan Serbaguna, RPS Betau. Pada 5 dan 6 Jun 2009, ujibakat akan di adakan di Dewan Serbaguna RPS Kuala Betis, Gua Musang Kelantan dan Kluang Johor. 13 dan 14 Jun 2009 di Segamat Johor, 20 dan 21 Jun 2009 di Dewan Merdeka Tapah Perak dan lokasi terakhir ujibakat akan di adakan pada 27 Jun 2009 di Auditorium P.Ramlee, Wisma Radio Kuala Lumpur.
Pastikan anda mendengar siaran ASYIKfm untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pertandingan Juara Asyik 2009.
Tags: RTM
Tags: RTMClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 22nd, 2009 at 10:57 pm
aku harus give a round of apllause to them. walaupun acara tak glamer tapi still hendak ketengahkan irama asli
good job
keep it up.. harapannya lagu asli bole jadi as popular as country music di US
June 12th, 2009 at 5:24 pm
yg umur lbih 30thn ape crite d org pun nak gak..bbakat jgk tu…
June 18th, 2009 at 8:55 pm
nak join ujibakat nhe…
tapi nape yang antar mesej 2 dok invalid je.
xpaham nhe..
June 24th, 2009 at 9:06 pm
masih ramai yang berbakat tapi x cube.
harap ramai yang berjaya..
June 25th, 2009 at 9:37 pm
Selamat berjuang la pada yang menyertai pencarian bakat ni, harum lagi irama lagu OA. cayo….cayo
July 9th, 2009 at 7:36 pm
pertandingan akhir juara asyik yang akan diadakan ni brape haribulan buat kat mana..
July 9th, 2009 at 7:39 pm
macam mana saya nak dapatkan lagu puteri sebeyek… best giler lagu tu mendayu2 bunyinya
July 10th, 2009 at 8:05 pm
mana saya boleh tengok senarai nama2 8 peserta yang berjaya keperingkat akhir ni… gambar ke kalau ada…
July 10th, 2009 at 11:02 pm
xada pun jawapan segala soalan saya… sape nak jawab ni?…
July 17th, 2009 at 2:13 pm
kepada peserta akhir juara solo asyik buat yg terbaik dan dah jadi juara kna jumpa saya bab saya nak pinjam rm2000 he he he dapat bonos saya bayar la …….
July 18th, 2009 at 7:58 pm
ko ni ghani aku mintak rm2000.00 ko pun nak gakl mintak bnyk tu…. ko orang mana?
July 18th, 2009 at 8:01 pm
budek temuan ko duduk kat manak… boleh la kitak kenal2
July 19th, 2009 at 10:33 am
good morning nyaya….ok my full name gani mahmud bin omar is ok you call me only gani, i from pos balar gua musang kelantan now i stay at bandar gua musang on26/07/2009 move early morning to kuala lumpur for asyik program la………ok see you there…. i m sorry i know you first need rm2000.00 mcm..ni..lah kita bahagi dua u…rm1000 sya rm1000 ok baru fair kan nak mintak banyak kesian plak sepemenang tu nak pakai jga kan dia nak buat kenduri besar besaran di kampungnya tau he…he….
July 19th, 2009 at 2:29 pm
sya rsa tak adik kalau nyaya dan gani sja nak rm2000 kita pun nak jga apa kata kita bahagi bertiga kan he he he kepada semua perserta kna cool ok jgn la ajih mengelabah ok
July 19th, 2009 at 2:32 pm
apa la kau orang bertiga ni sibuk pasal duit rm2000 tu kenapa tak masuk bertanding hari tu …………jgn marah………..
July 19th, 2009 at 4:31 pm
dengan adanya pertandingan sebegini yang di adakan oleh asyik fm mungkin akan dapat melakhirkan bintang dari pemuda -pemuda OA yang berbakat yang terpendam ya kita perchaya……hasil useha piak asyik mungkin akan terjawap dan dengan ini kepada semua perserta gunakan peluang ini dan buktikan bahawa orang asli jga boleh anda sekarang bukan bermimpi anda sudah berada di pentas yang akan di saksi oleh ribuaan rakyat malaysia malah pr…pr syarikat rakaman dalam diam diam mungkin akan memantau anda dan pada 2007 pertandingan juara kumpulan asyik beberapa rakan rakan saya turut sama menonton tapi sayang apa yang mereka mahu tidak ada di mana dan rata rata meniru gaya artis yang ada harapan saya semoga asyik dapat melakhirkan bintang
July 23rd, 2009 at 11:47 pm
Good Luck Pada Semua Peserta…Harap Wujudkan kelainan pada kali ini..jadilah diri anda jgn tiru sape-sape…Ngap Sayop!! – Terus Berusaha…
July 29th, 2009 at 3:52 pm
good morning……my name robert wong,from johor……ok i hope RTM give one places for youth orang asli songwriters to showcase their talent and i hope this program every two years what i see all contestant and composer have the talent…….and to asyik fm department please bring all finalist take event for stage show whenever have any function under asyik fm station …..in my car have album seneroi and jelmoll cd i like listen because soft music…………ok now i wait album from juara asyik 2009……………
July 29th, 2009 at 3:54 pm
good evening……my name robert wong,from johor……ok i hope RTM give one places for youth orang asli songwriters to showcase their talent and i hope this program every two years what i see all contestant and composer have the talent…….and to asyik fm department please bring all finalist take event for stage show whenever have any function under asyik fm station …..in my car have album seneroi and jelmoll cd i like listen because soft music…………ok now i wait album from juara asyik 2009……………
July 29th, 2009 at 3:59 pm
yang dah menag jika buat joget beri tahu la…………………..ya peminat kna hargai jga ………bayangkan dalam poket ada rm70haja kerana nak beri sokongan sangup p……tgok