in , ,

Tiga Drama Terbaik Disiar di Panggung RTM Khas Sempena Ramadan

Tiga drama terbaik dipilih mengisi slot popular, Panggung RTM yang menemui penonton setia RTM sepanjang Ramadan ini. 

Meskipun mesej dan pengajaran yang disampaikan dalam setiap drama berbeza, konsep kemuliaan Ramadan dikekalkan, dan penghayatan lebih diberi kepada mesej yang hendak disampaikan kepada penonton.  

Tiga Drama Terbaik Panggung RTM Khas Sempena Ramadan

Drama-drama bertajuk Namaku Adam, Terhijabnya Pintu Syurga dan Perang Panjut 7 Likur ini mengisi slot Panggung RTM setiap Sabtu, pukul 9.00 malam di TV1 atau ikutinya menerusi saluran penstriman RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my) secara percuma. 

Tiga Drama Terbaik Panggung RTM Khas Sempena Ramadan

Tajuk: Namaku Adam I 23 Mac 2024

Pelakon: Josiah Hogan, Wan Sharmila, Dayang Areeda, Mustaqim Bahadon, dan Adik Hafiy Altamis.

Sinopsis: Adam dan Ain berkahwin atas dasar cinta tetapi hubungan mereka semakin memburuk dek masalah kewangan Adam. Ain berselingkuh dengan Zack, teman sekampung mereka dan memerangkap Adam hingga dia dipenjarakan kerana penjualan dadah. Adam mengetahui kebenaran dan mencuba mencari pekerjaan sebagai penghantar makanan yang disediakan oleh Mawar. Adam akhirnya menceraikan Ain. Ain hamil dan pulang ke kampung tetapi Zack memukulnya. Ain selamat melahirkan namun dia meninggal dunia. Lalu siapakah yang menjaga bayi tersebut?

Tiga Drama Terbaik Panggung RTM Khas Sempena Ramadan

Tajuk: Terhijabnya Pintu Syurga I 30 Mac 2024 

Pelakon: Aida Khalida, Fezrul Khan, Amanda Misbun, Raja Afiq, Ikhlas Jalil, Soffwany, Khairil Anwar, Sarimah Mah dan Mandy Chong. 

Sinopsis: Setelah kematian suaminya Yahya, Zainab telah tinggal bergilir-gilir bersama anak-anaknya, Hanif, Shila dan Hadi. Rumah Zainab di kampung telah dilelong kerana Hanif tidak membayar hutang ansuran bank. Kerana kecewa dengan anak-anaknya, Zainab telah melarikan diri. Zainab dibawa tinggal di Rumah Warga Emas Cahaya Suri oleh Puan Julia, pemilik rumah warga emas tersebut. Anak-anak Zainab risau dan mencarinya. Puan Julia telah melaporkan kepada pihak polis tentang Zainab. Hanif, Shila dan Hadi telah ke Rumah Warga Emas Cahaya Suri untuk berjumpa dengan ibu mereka. Zainab memaafkan kesalahan anak-anaknya namun memutuskan untuk terus tinggal di situ.

Tajuk: Perang Panjut 7 Likur I 6.00 April 2024

Pelakon: Fadilah Mansor, Hamidah Wahab, Fauziah Nawi, Dalimawati, Raf Roslee, Dina Allysha, Idan Aedan. Fathil Dani, Jeri dan Sayyid Bakir. 

Sinopsis: Mengisahkan tentang tiga wanita veteran yang dahulu semasa mudanya bersahabat baik, Hanan, Numa dan Sabariah. Atas satu kejadian, mereka berseteru sehingga masing-msiang sudah berkahwin dan mempunyai anak yang belajar di universiti. Menjelang Ramadan, Tok Su Piah (Ketua Kampung Wanita) mahu mengadakan pertandingan Pesta Panjut bagi meraikan malam tujuh likur di kampung mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Saha Santuni Anak Rumah Pengasih Warga Prihatin di Lanai Asmara

Yeay Kad Raya di TV9 Bakal Gamit Kenangan Sambut Hari Raya Macam Dulu-Dulu