in ,

Gambar Marlia Musa di Sidang Media Anak Wayang

Pada jam 3 petang tadi telah berlangsung sidang media Anak Wayang di Diamond Ballroom, Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

3461671235 Cbda9372Ba | 4

Budiey nak ucap tahniah kepada isteri kepada M. Nasir, seorang pelakon dan pensyarah teater, Marlia Musa kerana telah dilantik untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar di program realiti terbaru terbitan Astro iaitu Anak Wayang.

Marlia Musa akan menjadi guru lakonan dan akan mengajar para peserta dalam melakonkan watak-watak yang diberikan. Pengalaman, latar belakang dan pencapaian Marlia Musa tidak perlu dipersoalkan lagi apabila beliau pernah menggondol Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik seawal penglibatan beliau dalam bidang seni lakonan.

3462486634 Eab01Cd6Da O | 5

Kini, Marlia Musa menjadi seorang pensyarah di Aswara.

3462486340 6A3598F208 O | 6

Selain Marlia Musa, pelakon harapan menerusi filem 1957: Hati Malaya di Festival Filem Malaysia ke-21 iaitu Mohd Kamaruzzaman Taib atau Che Kem, penggiat teater dan juri tetap Raja Lawak iaitu Fauziah Nawi dan pensyarah dari Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif serta juri Sehati Berdansa iaitu Hamzah Tahir telah terpilih untuk menjadi tenaga pengajar Anak Wayang. Tahniah kepada semuanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TERMINATOR SALVATION Twitter Game Launched

Pencarian Bakat Baru Dalam Juara Asyik 2009