Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Majlis Sidang Media & Pelancaran Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan”



Malam tadi, 4 Mac 2008, Istana Budaya dengan kerjasama Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia telah mengadakan satu sidang media pelancaran Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan”. Biasanya sidang media dibuat di Lambang Sari, tetapi malam tadi Istana Budaya mengubah selera dengan mengadakannya di Laman Puri iaitu di kawasan luar laman Istana Budaya. Teater arahan Erma Fatima ini dilancarkan oleh Dato’ Seri Dr. Hj. Harussani Hj. Zakaria Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.

Muzikal ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 19-23 Mac 2008, sempena Sambutan Maulidur Rasul.

Apa Yang Menarik?
Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan” adalah merupakan sebuah karya serta arahan Erma Fatima bersempena sambutan Maulidur Rasul 1429H. Ianya memaparkan riwayat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dari saat kelahiran Baginda, perjuangan menegakkan syariat Islam sehinggalah detik wafatnya. Kisah-kisah ini akan dipaparkan melalui persembahan lakonan, penceritaan dan nyanyian diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Saudara Eddie Marzuki. Naskah ini ditulis khas sempena Maulidur Rasul dimana sejarah Rasulullah dari mulai lahirnya baginda hinggalah wafat. Ulama terkenal Indonesia Aagym sebagai pencerita ini akan disulami dengan lagu-lagu selawat dan ketuhanan mengenai baginda Rasulullah.

Turut hadir pada majlis ini ialah barisan pelakon Ahmad Yatim, Datin Norish Karman, Ellie Suriaty, Azri Iskandar, Shahrul Nizam, Mazlan Tahir, Shoffi Jikan, Jessie dan lain-lain serta barisan penyanyi Jamal Abdillah, Tuty dan Kumpulan Al-Fahmy.

[tags]sidang media teater muzikal, sirah junjungan, harga tiket sirah junjungan, eddie marzuki, Ahmad Yatim, Datin Norish Karman, Ellie Suriaty, Azri Iskandar, Shahrul Nizam, Mazlan Tahir, Shoffi Jikan, Jessie dan lain-lain serta barisan penyanyi Jamal Abdillah, Tuty, Kumpulan Al-Fahmy, Aagym[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sirah Junjungan
  • Jamal Abdillah, Mawi, Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search di Sirah Junjungan II – Tahajud Cinta
  • Teater Muzikal Sirah Junjungan: Berat Tetapi Mengesankan
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Senarai Pelakon Teater Muzikal Terima Kasih Cinta
  • Ujibakat Teater Muzikal The Secret Life of Nora
  • Sirah Nabi
  • VIDEO PROMO TEATER MUZIKAL PATRIOT ASHRAF MUSLIM
  • Gambar Amy Mastura dan Anaknya di Sidang Media Teater Gamat
  • Teater Natrah Penuhi Program Maulidur Rasul Di TV1



    • jaja

      Saya berminat untuk menonton teater Sirah Junjungan yang akan dipentaskan pada bulan Mac ini. Harap pihak tuan dapat email saya bila tiket akan mula dijual & dimana boleh saya dapatkan tiket.

      Terima kasih.

    • Muhammad Najib

      Teater Sirah Junjungan yg dipentaskan tahun 2008 amat bagus dengan pengarahan dan pementasan yang berkualiti. Saya dan rakan2 ingin sekali lagi menonton teater SJII jika tempahan tiket sudah dibuka. Mohon pihak tuan dapat email saya mengenai butiran tiket nanti ya.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK