• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Gambar Pelakon Puaka Tebing Biru di Tayangan Media

3
  • by Budiey
  • in Blog · Fahrin Ahmad · Filem · Nasha Aziz · Sharifah Amani · Ulasan · Wan Maimunah
  • — 19 Feb, 2007

Salam sejahtera semua. Apa khabar hari ini? Sihat ke? Harap semua berada di dalam situasi yang menyenangkan dan menyihatkan.

Untuk Badrulaftersix yang sedang sakit, saya doakan abang cepat sembuh ya. Semalam, sempat berbual melalui telefon dengan Badrulaftersix melalui blogger terkenal Klubbkidd & Mr Manager yang sempat meluangkan masa mereka menziarahi Badrulaftersix. Sedih dan sayu saya dengar suara dia. Apa-apa pun, get well soon ya bro! Jangan lupa makan ubat.

Saya nak ucapkan juga selamat bercuti kepada yang sedang enak bercuti. Jangan lupa, semalam sudah pun bermula tayangan filem Puaka Tebing Biru di pawagam berdekatan. Dah tengok ke belum? Ha, apa tunggu lagi, musim cuti macam ni, kalau anda bosan tidak tahu apa nak dibuat, apa kata kita tonton filem yang sarat dengan unsur seram dan kasih sayang ini….

Ada sebab mengapa saya katakan filem Puaka Tebing Biru ini sarat dengan elemen kasih sayang. Bagi saya, filem ini bijak dan teliti dalam menyampaikan mesej dalam tema filem seram. Bayangkan, anda menonton filem seram dan sekaligus pada masa yang sama anda merasai wujudnya satu emosi hubungan kasih sayang sesama insan. Dalam takut-takut tengok wajah hantu, ada juga air mata menitis sebab tersentuh dengan beberapa adegan yang menyentuh perasaan.

Kasih sayang amat perlu dalam hidup kita ya tuan-tuan dan puan-puan. Kasih sayang kita terhadap ibu dan ayah. Kasih sayang sesama adik beradik. Kasih sayang sesama kawan-kawan dan kasih sayang sesama manusia yang berada di luar sana. Kerana kasih sayang, kita hidup dalam suasana aman. Kerana kasih sayang, kita hidup dalam keadaan yang sempurna. Memang lumrah manusia memerlukan kasih sayang, ingin mencintai dan dicintai. Itu mesej utama filem Puaka Tebing Biru.

Ketika tayangan media pada 6 Februari yang lalu, saya sempat mendengar beberapa soalan hangat dari para wartawan. Memang diorang ni profesional habis dalam bertanyakan soalan. Soalan ada 2 jenis. Satu, soalan yang tidak perlu ditanya dan kedua yang perlu ditanya. Buat apa tanya soalan yang anda sendiri dah tahu jawapannya.

Contohnya, bagaimana perasaan anda setelah selesai pengambaran filem ini? Sudah tentu jawapannya, “Saya happy sangat-sangat sebab semua dah selesai. Lepas ni bolehla saya berehat kat rumah. Tunggu cek keluar. Boleh kita shopping sakan, beli baju… bla bla bla…”

Soalan yang melibatkan perasaan dan yang sudah ada dalam press kit tu tak payahlah nak tanya. Buang masa je! Ehem, suka hati dialah kan nak tanya apa. Aku lak lebih-lebih nak tegur depa tu buat apa? Naik toncang nampak. Ni sape mentor, sapa protege nih? Ops!

Saya masih malu-malu untuk bertanyakan soalan memandangkan siapalah saya ni kan… Hanya seorang wartawan ‘olok-olok’ sahaja. Bukannya wartawan yang sebenar pun kan. Jadi, saya mengambil masa yang lama barangkali untuk menyesuaikan diri dan belajar menjadi wartawan dan jurugambar untuk blog SENSASI SELEBRITI. Untuk korang jugak kan?

Saya sebenarnya berterima kasih atas sokongan dan para pembaca blog ini kerana telah menjadikan blog ini sebagai bahan bacaan harian anda. Terima kasih banyak-banyak. Bilangan pembaca sudah bertambah dari hari ke hari. Alhamdulilah…

Saya sekadar mengambil beberapa foto untuk diletakkan di sini.

Sebelum tayangan bermula, ada bacaan doa daripada ustaz channel Al-Jazeera, sedikit ucapan daripada penerbit dan pengarah, Osman Ali. Kemudian, satu gimik dibuat untuk menimbulkan rasa seram di kalangan hadirin. Beberapa perempuan berpakaian serba putih keluar menuju ke pentas dan melakukan sedikit pentomim ringkas dengan lagu tema filem ini. Ada kakak yang duk kat belakang saya tu takut… kuang kuang kuang. Rilek la kak! Nanti kita dalam kubur sorang-sorang… kena soal Malaikat Munkar dan Nakir tu lagi takut dan ngeri, kak. Ops!

Adakah teknik ini berkesan atau membuang masa penonton?

Jawapan saya, teknik gimik sebegini berkesan untuk menjadikan penonton tahu filem itu berkaitan dengan perempuan yang mati, terseksa dan menjadi hantu puaka. Tapi kalau boleh dipendekkan sedikit sebabnya filem ini memakan masa yang lama untuk dihabiskan. Durasinya lebih 2 jam! Jangan pula ada yang tertidur pula! Sebab filem ini sebenarnya menghiburkan. Ada jenaka, ada lagu runutnya dan ada gurau sinisnya. Siapa yang makan lada, rasalah pedasnya.

 

Ini dia barisan para pelakon utama yang hadir, Nasha Aziz, Syarifah Amani, Umie Aida, pengarah Osman Ali, Fahrin Ahmad (ehem… datang dengan kawannya, Linda Onn.) dan Gayatri Su-lin Pillai selaku Penerbit Eksekutif Kanan.

“Peace bro, peace yo!” Syarifah Amani dengan gaya nakal-nakal sopannya sempat buat simbol peace. Memang Syarifah Amani nampak genit, cute dan sweet sangat-sangat. Saya suka tengok muka dia secara live. Memang cun habis!

Barisan para wartawan yang sedang bekerja keras untuk memberikan yang terbaik buat pembaca akhbar dan majalah. Nota Budiey: Foto ini tidak penting sebenarnya. Tetapi saya letak kat sini… sebab saje je suka-suka. Lantak saya la nak letak apa, ni blog saya. Saya punya sukalah!

Filem Puaka Tebing Biru adalah filem komersial yang sulong untuk Osman Ali. Sebelum ini, beliau giat menghasilkan filem bebas. Antaranya Bukak Api dan Malaikat di Jendela. Harapan beliau memang tinggi agar penonton berpuas hati dengan apa yang ingin diceritakan. Filem ini bagi saya bukan sekadar filem. Ianya satu ‘dokumentari khas’ yang kisah penuh tragis yang penuh dengan mesej dan menyentuh perasaan.

Pengalaman Nasha Aziz berlakon dalam filem ini memang sangat berharga dan tidak dapat dilupakan. Berkampung selama beberapa minggu di Pulau Pangkor di mana menjadi lokasi utama filem ini. 70 peratus filem ini menjalani pengambaraan di Pulau Pangkor. Pantainya cantik dan damai. Suasana kekeluargaan antara semua warga kerja juga wujud.

Satu pengalaman yang menyeronokkan walaupun terpaksa melakukan aksi takut dan trauma yang meletihkan. Bayangkan sendiri, saya kira 60 adegan untuk Nasha Aziz ini memaksa beliau menjadi seorang yang diselubungi rasa takut. Apa tak takutnya, setiap saat, dia diekori lembaga ibu dan seorang anak. Kalau saya pun, mau terkencing dalam seluar!

Secara keseluruhannya filem Puaka Tebing Biru membawa kisah sebuah cinta agung sesama manusia yang dihimpit dalam permasalahan di antara cita-cita, harapan yang tidak kesampaian, kasih sayang ibu, adik dan rakan sepermainan.

Plot cerita ini banyak berkisar dengan karektor supernatural yang diolah dengan elemen eksperimen dan komersial. Saya kira peminat filem seram akan mengaitkan beberapa adegan seram dengan filem-filem seram lain yang pernah anda tonton. Anda mesti tertanya-tanya soalan begini:

1. Mengapa perlu tiru dan ceduk adegan seram dari filem lain?

2. Mengapa tidak buat adegan yang lebih unik? Apakah sudah kekeringan idea? Atau Osman Ali sengaja ingin penonton mengimbas kembali filem-filem seram yang pernah ditonton?

3. Mengapa terlalu banyak sangat adegan Nasha dikejar hantu? Tidakkah ini menjadikan penonton jemu?

4. Mengapa filem ini nampak tidak berapa logik?

Saya kira, anda perlu mengetahui filem ini sebenarnya bercorak seram. Apabila berada di dalam kategori seram, pengarah perlu membangkitkan rasa seram itu ke dalam jiwa penonton. Kalau tidak, memang filem ini gagal mencapai matlamatnya. Saya kira, Osman Ali telah melakukan usaha sehabis baik dalam menjadikan filem ini lebih sempurna. Walaupun dari sudut penyuntingan filem ini agak tidak cantik tetapi tidaklah banyak sangat. Olahan cerita pada saya memang kreatif. Ekspektasi saya, Osman boleh lakukan yang jauh lagi baik daripada apa yang dia buat untuk filem ini. Saya pernah berkata, Osman Ali memang kreatif dalam olahan dan garapan beliau sebagai tukang cerita dan pengarah.

Mengapa filem ini masih tidak unik? Atas alasan apa anda berkata demikian? Atas sebab filem ini meniru adegan seram dari filem lain? Saya rasa tidak semua adegan itu ditiru. Kita bercakap pasal elemen seram. Dan adegan seram itu datang dari beberapa sudut termasuklah penataan bunyi dan olahan skrip. Kalau anda tonton betul-betul, adegan seram dalam filem ini tidak semuanya meniru gaya filem seram lain. Mungkin ini secara kebetulan sahaja.

Perjalanan filem ini bergerak perlahan pada awalnya untuk menceritakan secara terperinci kehidupan watak utama iaitu Ratna. Dari situ, anda akan faham dengan mengaitkan watak Ratna dengan watak lain seperti Ayu, Atilia, Mohsin dan Ika. Filem ini bergerak selari dalam satu masa. Tetapi ada elemen flashback untuk menjawab beberapa persoalan yang timbul. Tidaklah terlalu membuat anda bermain dengan teka teki.

Saya rasa filem ini unik dari segi jalan cerita. Monolog digunakan untuk menjadikan penonton faham apa yang ingin diceritakan. Pecahan cerita bagi watak-watak utama sebenarnya sesuatu yang kreatif. Sudah lama saya tidak menonton filem sebegini. Teringat saya beberapa novel yang saya baca sebelum ini menggunakan teknik yang sama. Teknik ini menggunakan babak yang berlainan dengan penceritaan bagi watak yang berbeza. Faham? Kalau tak faham, anda kena tengok filem ni… hehehe. Baru anda faham.

 

“Nasha rasa sangat bertuah kerana dapat berlakon di bawah arahan Osman Ali, seorang pengarah yang berkaliber. Saya percaya filem Puaka Tebing Biru adalah sebuah filem yang hebat kerana pengarahnya bukan calang-calang orang dan telah terbukti dengan hasilnya selama ini,”

 

Perhatikan riak wajah mereka. Semuanya tersenyum puas… anda pula bagaimana? Sudah tonton filem ini? Apa komen anda? Anda dah tonton tu, puas hati? Kalau tak puas hati, tang mana hang tak puas hati?

Inilah wajah-wajah hantu puaka di Tebing Biru. Oh ya! Ada satu soalan, mengapa filem ini dinamakan Puaka Tebing Biru. Mengapa tidak dinamakan Puaka Tebing Pink, Puaka Tebing Hijau… Hahaha! Sebenarnya biru itu sinonim dengan laut yang membiru. Di sudut kiasan dan perlambangan pula, biru bermaksud kedamaian dan kasih sayang.

 

Filem Puaka Tebing Biru menelan belanja RM1.5 juta. Banyak juga tu!

Oklah… saya tidak mahu bercakap panjang lagi. Saksikan sendiri filem ini di pawagam berhampiran.

Gong Xi Fa Cai dan majukan filem untuk negara. Wayang siapa kalau bukan wayang kita.

Sekian terima kasih. Bye!

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: BlogFahrin AhmadFilemSharifah AmaniUmie AidaWan Maimunah

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Filem Mukhsin Menang 2 Anugerah!
  • Next story Galeri Photo Flickr di Sensasi Selebriti

ENTRI BERKAITAN

  • Kuman KU2 Pelawak Bob Sakit Jantung Bengkak 19 Oct, 2009
  • Profile ALICE NORIN 14 Jul, 2008
  • Gambar Nana Baju Jarang Meletop Seksi Fun 17 May, 2008
  • Watak Dari Filem Diva 30 Jun, 2007

3 Comments

  1. Sensasi Selebriti » Blog Archive » Profil Nasha Aziz says:
    Wednesday, February 21, 2007 at 10:20 pm

    [...] Filem: Kad Cinta (1995) Bara (1999) Gerak Khas The Movie (GKTM) (2001) Laila Isabella (2003) Buli (2004) Trauma (2004) Cinta Luar Biasa (2004) Tak Ori Tapi OK (2005) Kemarau Cinta (2005) Buli Balik (2006) Puaka Tebing Biru (2007) [...]

  2. Sensasi Selebriti » Blog Archive » Foto Sekitar Majlis Sidang Media Akademi Fantasia 5 says:
    Thursday, March 8, 2007 at 9:53 pm

    [...] Sebelum tu, saya nak ucapkan tahniah kepada filem Puaka Tebing Biru yang telah berjaya mengutip RM1.1 juta selepas 2 minggu berada di pawagam. Tahniah buat Osman dan Tayangan Unggul! Semoga filem yang seterusnya, Anak Halal yang akan menemui penonton pada Ogos tahun ini akan lebih sukses. [...]

  3. fuaua says:
    Friday, April 9, 2010 at 7:24 am

    lazat badan fahrin ahmad ummmm

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat
    • Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat
    • Gambar Anak Pertama Ning Baizura Ryan Sky Dalton
    • Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3
    • Muzik Video Turun Dari Langit Projek Pistol OST Filem PECAH
    • Album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas Kini Di Pasaran
    • Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • Rakaman Program Dentum Raya RTM Tahun Ini Meriah
    • Afiq Muiz Dakwa Beliau Dihalau Oleh Ibunya
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • siti-nurhaliza-galau-videoKonsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik PetronasMonday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nora on:Eina Azman Sentap Ibu Afiq Muiz Tuduh Dirinya Seorang Pengikis
    • nora on:Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3
    • nora on:Album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas Kini Di Pasaran
    • nora on:SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat
    • Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat
    • Gambar Anak Pertama Ning Baizura Ryan Sky Dalton
    • Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3
    • Muzik Video Turun Dari Langit Projek Pistol OST Filem PECAH
    • Album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas Kini Di Pasaran
    • Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • Rakaman Program Dentum Raya RTM Tahun Ini Meriah
    • Afiq Muiz Dakwa Beliau Dihalau Oleh Ibunya
    • Eina Azman Sentap Ibu Afiq Muiz Tuduh Dirinya Seorang Pengikis
    • Teknik Free Running Telemovie Khas Hari Guru Loncat Di TVi
    • Drama Cikgu Imah Salimah & Penggulungan Sempena Hari Guru
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.