in , , , , ,

Tahniah! Filem Mukhsin Menang 2 Anugerah di Festival Filem Berlin

Adibah Noor

Sekalung tahniah kepada Yasmin Ahmad kerana filem Mukhsin arahan beliau telah memenangi dua anugerah di 57th Berlin International Film Festival di Berlin. Saya mendapat berita ini melalui Klubbkidd seawal jam 8 pagi tadi. Terima kasih Joe!

Mukhsin_confesses_on_a_tree.

Filem Mukhsin telah menggondol dua anugerah iaitu:

  1. Grand Prix of the Deutsche Kinderhilfswerk (German Child Support Organisation) with a monetary prize of 7,500 Euros which is awarded to the Best Feature Film.
  2. Special Mention (2nd prize) for the Crystal Bear for Best Feature Film.

Antara foto-foto kenangan indah Yasmin Ahmad di bumi Berlin. Foto kredit : Grand Brilliance Sdn Bhd

Foto kredit : Grand Brilliance Sdn Bhd

Pengarah Yasmin Ahmad & pelakon utama filem Mukhsin, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid di pentas Zoo-Palast Theater, Berlin (Boulevard 2007: Feb 10, 2007) – Kredit Foto: Klubbkidd & Mr Manager.

Sekalung tahniah kepada Yasmin Ahmad dan warga kerja filem Mukhsin yang berjaya sekali lagi mengharumkan nama negara dan mengangkat maruah filem Malaysia ke mercu dunia.

mukhsin_green_poster

Kejayaan ini sekaligus menghakis kritikan-kritikan tajam dan pedas yang selama ini dihamburkan kepada filem-filem Melayu kita yang masih tidak berganjak dari paksi perkembangan filem semasa.

Bagi saya, kejayaan ini adalah satu lagi catatan sejarah yang boleh dibanggakan. Seharusnya menjadi semangat bagi penggiat filem untuk sentiasa menghasilkan yang terbaik dalam karya mereka.

Sekiranya orang luar boleh mengiktiraf dan menghargai filem kita, mengapa tidak kita yang berdiri di atas langit dan berpijak pada bumi yang sama?

Untuk ulasan lain, sila ke blog Klubbkidd & Mr Manager.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Filem MUKHSIN Yang Wajib Anda Baca

Best Ke Tak? Ini Ulasan Filem & Sekitar Tayangan Media PUAKA TEBING BIRU