in ,

Betul Ke Tongkat Ali Hanya Untuk Seks? Ini Jawab Fahrin Ahmad

TIDAK dinafikan, Tongkat Ali memang banyak kelebihannya. Disebabkan itulah pelbagai jenis makanan tambahan atau suplemen dihasilkan berasaskan tumbuhan tersebut.

Namun, apabila menyentuh tentang Tongkat Ali, ramai yang menganggap herba ini mampu meningkatkan kemampuan seksual lelaki.

Bagi pelakon dan pengacara popular, Fahrin Ahmad, tanggapan tersebut perlu diubah kerana khasiat Tongkat Ali bukanlah bertujuan untuk seks semata-mata.

“Tongkat Ali bukan sejenis tumbuhan yang hanya dikhususkan khasiatnya untuk lelaki dan seks sahaja. Malah, khasiat Tongkat Ali juga baik untuk tenaga buat mereka yang belum berkahwin.

“Kita sedar banyak suplemen di pasaran pada hari ini. Apa yang penting, kita perlu bijak memilih produk yang tepat dan melalui ujian klinikal,” katanya yang turut mengamalkan suplemen berasaskan Tongkat Ali iaitu Nu-Prep untuk kesihatan dalamannya.

Fahrin berkata demikian ketika menjadi hos forum digital tertajuk Senior #TerusAktif Berpandukan Sains anjuran Nu-Prep, sebuah jenama suplemen di bawah Biotropics Malaysia Berhad (BMB) bersempena dengan Hari Warga Emas Sedunia baru-baru ini.

Seluruh masyarakat dunia meraikan hari bermakna ini pada 21 Ogos setiap tahun.

Panel lain yang terlibat adalah Pakar Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan & Felo H-Care, Prof Madya Dr. Noorlaili, Pakar Gaya Hidup Sihat, Dr. Norman Norawi dan dramatis, Esma Daniel yang turut membuat perkongsian tentang pengalamannya mengamalkan kehidupan yang terus aktif di usia yang telah pun mencecah 50 tahun.

Sementara itu, Penolong Pengurus BMB, Noorsyarida Mohd Sapiai berkata, Nu-Prep telah mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen #TerusAktif dengan hasrat untuk menggalakkan warga emas di Malaysia untuk terus aktif dan cergas di usia tua.

Justeru, kata beliau, forum itu telah membincangkan tentang isu-isu yang sering dialami oleh warga emas, punca masalah yang dialami dan juga bagaimana kita boleh menyelesaikan atau mengurangkan risiko masalah tersebut.

“Nu-Prep mempunyai pelbagai rangkaian produk seperti Nu-Prep Lelaki dan Nu-Prep Wanita yang membantu untuk mengekal dan menambah tenaga di dalam badan

“Selain mencapai objektif yang sedia ada, kempen oleh Nu-Prep ini juga berhasrat untuk memberi kesedaran kepada warga emas di Malaysia untuk melakukan pengesanan awal bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang kerap dialami di usia emas,” jelasnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh melayari www.nuprep.com.my atau laman Facebook Nu-Prep Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Huawei Nova 9 Bakal Dilancarkan Pada 23 September Ini

Netflix Dedah Tajuk Episod Perdana Siri Live-Action ONE PIECE