in ,

Fahrin Ahmad Syukur Isteri Akhirnya Berhijab Sejak Awal Tahun Lalu

Pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad meluahkan rasa syukur dengan perubahan imej isterinya yang sudah pun berhijab sejak awal tahun lalu.

Fahrin berkata dia tidak pernah memaksa isterinya sebaliknya berpesan bahawa menutup aurat adalah tanggungjawab wajib untuk wanita Islam.

“Saya tak pernah paksa sebab saya nak benda itu datang daripada hati dia sendiri. Sebelum isteri berhijrah saya dah berpesan kepadanya, memakai hijap merupakan satu tanggungjawab.

“Tak boleh nak pakai sebab nak ikut orang atau hanya sekadar mencuba, kena bersedia untuk berubah dari segi penampilan dan pembawakan diri apabila sudah berhijab,”

– Fahrin Ahmad
Fahrin Ahmad Syukur Isteri Akhirnya Berhijab Sejak Awal Tahun Lalu

Mengakui terkejut mendapat tahu isterinya membuat keputusan untuk berhijab, Fahrin turut mendoakan agar isterinya akan kekal istiqamah.

“Memang terkejut sebab saya dapat tahu isteri berhijab sewaktu dia upload gambar di media sosial waktu hari pertama pakai tudung. Jauh di sudut hati saya mengucapkan rasa syukur dan berdoa agar isteri istiqamah,”

– Fahrin Ahmad

Fahrin mendirikan rumah tangga dengan Elena Hani Elas pada Mei 2015. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Khalifa Fahrel kini berusia lima tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Media Prima Melancarkan Kempen Tahun Baharu Cina 2022 #YOOHOO2022

Mira Filzah Tampil Jadi Duta Produk Telefon Pintar vivo V23e